CARLO Ancelotti menyifatkan Pep Guardiola sebagai seorang "genius" -- di sebalik mengakui prestasi Manchester City semakin menurun sejak musim lalu -- ketika beliau dan Everton membuat persiapan menghadapi aksi di Stadium Etihad.
Bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid,Ancelotti, menyaksikan kedua-dua kemenangan The Toffees sejak mengambil alih tugas pengendali sementara, Duncan Ferguson, tetapi beliau menjelaskan bertemu juara bertahan pada Hari Tahun Baru satu ujian getir.
City yang kini di tangga ketiga ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool selepas mengalami dua kekalahan dalam lima perlawanan terakhir tetapi Ancelotti tetap melihat Guardiola sebagai seorang pakar bola sepak.
"Guardiola seorang pengurus yang hebat," kata Ancelotti.
"Saya memiliki hubungan yang baik dengannya.
"Kadang kala kami bertemu, bukan dalam perlawanan tetapi beberapa sidang yang diadakan di Itali. Saya memiliki hubungan baik dengannya dan menghormatinya sebagai seorang pengurus yang berkualiti.
"Beliau seorang genius kerana sentiasa cuba untuk melakukan perkara yang istimewa di atas padang.
"City mungkin tidak berada di tahap yang sama seperti tahun lalu tetapi mereka kekal sebagai pasukan yang berbisa dengan kehadiran pemain dan pengurus yang berkualiti. Sukar buat kami untuk bersaing dengan mereka tetapi Everton memerlukan keyakinan serta tumpuan dalam permainan kami.
"Berdepan City adalah ujian buat kami kerana mereka pasukan yang kuat tetapi kami memiliki keyakinan untuk melakukan yang terbaik. Kami harus bergembira berdepan salah satu pasukan terbaik England dan Eropah."
Everton mengatasi Burnley 1-0 di Goodison Park kemudian menang 2-1 di Newcastle United, dengan Dominic Calvert-Lewin menjaringkan ketiga-tiga gol The Toffees di bawah kendalian pengurus kelahiran Itali itu.
Ditanya sama ada bakal memperkuatkan lagi pasukan dalam jendela perpindahan Januari, Ancelotti berkata beliau mahu menunggu sehingga tamat aksi Piala FA berdepan Liverpool Ahad ini sebelum bercakap dengan pihak kelab.
"Jendela masih belum dibuka," katanya.
"Tedapat banyak khabar angin, ia perkara biasa. Perkara ini berlaku di seluruh dunia. Sama juga di Itali.
"Selepas tamat aksi Piala FA, saya akan bertemu dengan kelab dan membincangkan bagaimana untuk mempertingkatkan lagi mutu pasukan. Pada pandangan saya, ini merupakan skuad yang berkualiti."
Astro Arena
Wed Jan 01 2020
ANCELOTTI: Berdepan City adalah ujian buat kami kerana mereka pasukan yang kuat tetapi kami memiliki keyakinan untuk melakukan yang terbaik. - Gambar fail
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Sentuhan berpengalaman Carlo Ancelotti mampu pacu Brazil - Lucas Leiva
Ancelotti dilaporkan akan menjadi ketua jurulatih baru Brazil di penghujung musim 2023-24 sebaik kontraknya di Real Madrid tamat.
EPL: Kes kontrak Carlo Ancelotti, Everton selesai
Ancelotti sebelum ini dilaporkan membuka kes mahkamah ke atas Everton yang dilabel sebagai 'kontrak dan pengaturan komersial am'.
EPL: Carlo Ancelotti saman Everton
Carlo Ancelotti dilaporkan telah menyaman bekas kelabnya, Everton, berdasarkan rekod mahkamah yang didedahkan.
Ancelotti tidak berhasrat tinggalkan Real Madrid
Ancelotti hanya berbaki setahun dalam kontraknya dan beliau telah dikaitkan dengan jawatan mengendalikan skuad Brazil.
LaLiga: Saya tidak akan latih Barcelona, kata Ancelotti
Terdapat perkhabaran mendakwa tempoh kedua jurulatih itu bersama kelab berkenaan akan tiba di penghujungnya tidak lama lagi.
Ederson dedah ada kemungkinan besar Carlo Ancelotti latih Brazil
Pengurus Real Madrid itu disebut-sebut sebagai pengganti Tite yang letak jawatan selepas kekalahan Brazil dalam suku akhir Piala Dunia 2022.
Real Madrid bermain untuk menang
Carlo Ancelotti kelebihan tiga gol dibawa daripada perlawanan pertama di Anfield tidak memberikan sebarangan jaminan kemaraan.
Piala Dunia Kelab: Real Madrid julang trofi kelima
Valverde meledak dua gol di Stadium Prince Moulay Abdellah di Maghribi ketika Madrid menewaskan juara Arab Saudi, Al Hilal, 5-3.
Pengadil terlepas pandang Vinicius Junior jadi mangsa terjahan
Vinicius dikasari 10 kali - jumlah terbanyak oleh mana-mana pemain Madrid dalam perlawanan liga utama Sepanyol sejak Ogos 2013.
Copa del Rey: Ancelotti kritik padang buruk Cacereno
Jaringan hebat Rodrygo pada minit ke-69 sudah cukup untuk membawa pasukan asuhan Ancelotti mara ke pusingan 16.