Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai aktiviti boleh dilakukan di rumah agar dapat kekal cergas, terutamanya bagi mereka bergelar atlet.
Tidak terkecuali, pelumba profesional Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang mahu memastikan beliau berada di tahap prestasi terbaik apabila menjalani latihan menggunakan basikal simulator bagi mengekalkan kecergasan, selain bagi menghilangkan 'ketagih' tidak dapat berlatih di trek sebenar.
Pelumba berusia 31 tahun itu memperuntukkan masa satu hingga dua jam sehari melakukan latihan menggunakan basikal simulator di rumah meskipun peluang menyertai pelbagai perlumbaan tahun ini masih kabur berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
"Walaupun saya dan rakan-rakan menjalani latihan sendiri di rumah, kami akan berhubung melalui WhatsApp untuk menetapkan masa latihan yang sama.
"Ia sebagai motivasi dan menghidupkan semangat berpasukan kerana sudah lama tidak dapat menjalani latihan bersama-sama di luar," katanya ketika ditemui di kediaman ibunya di Kampung Ladang Titian, di sini hari ini.
Mohd Harrif berkata semua data berkaitan latihan akan dihantar kepada jurulatih TSG, Jeremy Hunt yang akan memantau dan menilai tahap kecergasan serta kepantasan setiap pelumba.
Justeru, beliau berkata tiada istilah 'curi tulang' dalam kalangan pelumba pasukan itu kerana jurulatih turut menyediakan jadual serta model latihan yang perlu dipatuhi dalam tempoh PKP.
"Basikal simulator ini dipasang dengan power meter, jadi semua data kayuhan boleh dimuat naik dalam telefon atau komputer riba dan dihantar kepada jurulatih.
"Kalau ikutkan memang 'ketagih' sangat untuk berkayuh di luar (di jalan raya), tetapi kita perlu patuh kepada arahan kerajaan supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 07 2020
Mohd Harrif berkata tiada istilah 'curi tulang' dalam kalangan pelumba pasukan itu kerana jurulatih turut menyediakan jadual serta model latihan yang perlu dipatuhi dalam tempoh PKP. - Foto: Instagram harrifsalehofficial
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Guna basikal simulator lepas 'ketagih' - Harrif
Pelumba profesional Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang mahu memastikan beliau berada di tahap prestasi terbaik.