PELUMBA negara, Hafizh Syahrin berjaya mengutip tambahan lima mata hari ini dalam saingan Moto3 di GP Perancis selepas menduduki tempat ke-11.
Ini merupakan keputusan lebih baik buat Hafizh berbanding minggu lalu di Litar Jerez apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13.
Meskipun memulakan perlumbaan di tempat ke-22 di Litar Le Mans, ia tidak menyekat Hafizh untuk membarisi kelompok pertengahan sebaik perlumbaan dilepaskan.
Ketika memasuki pusingan terakhir, Hafizh bijak melepasi dua pelumba sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 dengan catatan masa 42 minit 40.085 saat.
Petak pertama menjadi milik Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Mar VDS sementara Francesco Bagnaia kedua dan Thomas Luthi ketiga.
Sementara itu, saingan MotoGP menyaksikan Maverick Vinales daripda pasukan Movistar Yamaha muncul pemenang dengan catatan masa 43 minit 29.793s.
Pelumba berusia 22 tahun itu bijak menangani asakan rakan sepasukan, Valentino Rossi -- yang akhirnya terjatuh di pusingan akhir perlumbaan -- sebelum melepasi garisan penamat di hadapan Johann Zarco dan Dani Pedrosa.
Astro Arena
Sun May 21 2017
Hafizh Syahrin berjaya mengutip tambahan lima mata hari ini dalam saingan Moto3 di GP Perancis selepas menduduki tempat ke-11.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
[TERKINI] Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Pemilik akaun X hantar komen jelik didakwa pada Jumaat
Pemilik Akaun platform X, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taaiping, Perak pada Jumaat.
Sorotan pakar-pakar sempena #PHAM2024 dalam mendepani realiti berkaitan kesihatan planet
Penganjuran #PHAM2024 yang menutup tirainya pada Jumaat lalu terus menjadi platform merapatkan jurang perbincangan antara pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia bagi mencari penyelesaian dalam isu berkaitan kelestarian bumi. Ini antara sorotan pakar-pakar yang bersama mendepani realiti kesihatan planet. #PHAM2024 #AWANINews
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
MotoGP: Hafizh Syahrin masih bergelut dengan kecederaan
Hafizh Syahrin mengalami kemalangan ngeri dalam perlumbaan GP Austria di Litar Red Bull Ring, Ogos lalu di mana jenteranya berkecai dalam insiden berkenaan.
Quartararo, Morbidelli tekad teruskan prestasi hebat di GP Perancis
Quartararo yang merekodkan masa terpantas tahun lepas di Litar Le Mans berkata ia adalah antara litar kegemarannya.
Hafizh Syahrin kutip lima mata di Le Mans
Pelumba negara, Hafizh Syahrin berjaya mengutip tambahan lima mata hari ini dalam saingan Moto3 di GP Perancis selepas menduduki tempat ke-11.