CORAK permainan pantas yang dimiliki Indonesia akan menjadi ancaman besar kepada Harimau Malaya menjelang aksi kelima pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Pemain bek kanan negara, Syahmi Safari berkata skuad Garuda memiliki corak permainan pantas khasnya pada bahagian sayap yang boleh menyebabkan anak buah Tan Cheng Hoe berputih mata sekiranya mengambil mudah ancaman lawan,
Menurutnya, Indonesia memiliki kelebihan dari aspek kepantasan pastinya akan memanfaatkan kelebihan itu tambahan pula pelawat belum memenangi sebarang perlawanan selepas mengharungi empat perlawanan.
“Saya dapati mereka (Indonesia) gemarkan corak permainan laju khasnya bahagian sayap yang membolehkan mereka mampu mengawal permainan dengan baik.
“Jadi pemain-pemain skuad Harimau Malaya khasnya bahagian pertahanan negara perlu lebih berdisiplin dan fokus untuk mengekang kepantasan pemain sayap pada masa sama perbaiki segera setiap kelemahan supaya tidak diambil kesempatan oleh pihak pemain lawan,” kata Syahmi.
Pada aksi pusingan pertama 5 September lalu skuad negara berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengatasi Indonesia 3-2 pada perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
BACA:
Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia BACA:
Kecederaan pemain tidak beri kebimbangan kepada Cheng Hoe BACA:
RapidKL lanjut perkhidmatan Stesen LRT Bukit Jalil sempena perlawanan Malaysia menentang Indonesia BACA:
Laris kencang! Tiket perlawanan Malaysia-Indonesia sudah habis dijual
BACA:
Eki digugurkan dalam perlawanan Malaysia berdepan Thailand dan Indonesia BACA:
Rusuhan bola sepak: Netizen desak FIFA ambil tindakan terhadap Indonesia BACA:
Ultras Malaya kongsi detik cemas diserang penyokong Indonesia BACA:
Indonesia mohon maaf pada Malaysia BACA:
Menang atas Indonesia kuatkan semangat pemain untuk menentang UAE - Brendan Gan BACA:
'Ini sangat mencalar nama baik Indonesia' - Penjaga gol pasukan Indonesia