Skuad hoki lelaki Malaysia kini siap sedia menghadapi tugas berat dalam usaha untuk melayakkan diri menyertai Tokyo Olympics 2020, setelah diundi menentang pemenang tiga kali pingat emas, Great Britain.
Berdasarkan cabuatan undi dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Thierry Weil di Lausanne, Switzerland hari ini, Malaysia, pada ranking ke-11 di dunia, diletakkan pada pot 3, sementara Great Britain dalam pot 2.
Skuad Harimau Malaysia itu perlu bermain dalam dua perlawanan luar antara 1 hingga 3 Nov di London, untuk mendapatkan kemenangan agregat bagi menempah tiket Olimpik, selepas beraksi pada edisi Sydney 2000.
Pasukan Great Britain akan disertai pemain dari nombor tujuh dunia England, Wales (18) dan Scotland (19).
Sekalipun menerima undian yang sukar, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal yakin pasukan Malaysia punya peluang cerah.
"Untuk melayakkan diri ke Olimpik, kita perlu sanggup bermain. Ada sebulan setengah untuk persiapan, sekarang ini terpulang kepada para pemain dan jurulatih, untuk pastikan kita sampai ke Tokyo," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan acara cabutan undi di Facebook livestream, di ibu pejabat MHC di sini malam ini.
Pertandingan hoki Olimpik akan berlangsung dari 25 Julai hingga 7 Ogos di Oi Hockey Stadium yang baru dibina, melibatkan 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.
Japan (lelaki dan wanita) telahpun mengesahkan tempat mereka selaku tuan rumah dan johan Sukan Asia, demikian juga Argentina (lelaki dan wanita), Afrika Selatan (lelaki dan wanita), Belgium (lelaki), Australia (lelaki), Belanda (wanita) dan New Zealand (wanita) yang melayakkan diri sebagai johan benua.
Undian penuh lelaki:
Jerman lwn Austria
India lwn Russia
Belanda lwn Pakistan
Sepanyol lwn Perancis
Kanada lwn Ireland
Great Britain lwn Malaysia
New Zealand lwn Korea Selatan
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019
Datuk Seri Subahan Kamal pada sidang media Pengumuman Keputusan Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Stadium Hoki Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Virus korona jejas pendapatan, dana kerajaan ditagih hartawan
Akibat tidak sanggup menanggung beban pembayaran gaji dari poket sendiri, mereka dikecam tangkai jering.