PEMAIN Chelsea, Eden Hazard, terpaksa diketepikan menjelang aksi Piala EFL berdepan Derby County awal pagi esok tetapi dijangka kembali ketika menentang Crystal Palace, Ahad ini.
Pemain antarabangsa Belgium itu tidak beraksi dalam perlawanan Liga Europa sewaktu The Blues menundukkan BATE dan saingan Liga Perdana Inggeris berdepan Burnley akibat kecederaan belakang.
Pembantu jurulatih Chelsea, Gianfranco Zola, menjangkakan pemain berusia 27 tahun itu akan kembali menjalani latihan penuh minggu ini, sekali gus menjadikannya salah satu pilihan untuk bertandang ke The Eagles.
"Dia jelas lebih baik. Tidak pasti untuk semalam, mungkin hari ini dia akan kembali menyertai sesi latihan," kata Zola yang turut memberitahu Pedro dan Olivier Giroud akan turut terlepas aksi pagi esok.
"Saya tidak fikir dia akan terlibat dalam perlawanan pagi esok kerana dia tampak bagus untuk aksi hujung minggu. Kami teruja kerana Hazard adalah pemain penting buat kami.
"Pedro mengalami sakit perut. Dia keluar Ahad lalu tetapi kini semakin baik walaupun masih ada masalah kecil. Kami akan membantunya.
"Giroud juga berdepan masalah kecergasan dengan salah satu kakinya. Kami akan melihat keadaannya nanti.
"Ethan Ampadu telah kembali menyertai latihan. Kami akan membuat keputusan sama ada dia akan menjadi sebahagian daripada pasukan."
Pertemuan dengan Derby menyaksikan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Chelsea, Frank Lampard, kembali ke Stamford Bridge selaku pasukan lawan.
Zola tidak meragui bahawa Lampard bakal bergelar pengurus berjaya, lebih-lebih lagi setelah Derby menyingkirkan Manchester United dalam pusingan seterusnya dan kini menduduki tangga keenam Liga Kejuaraan.
"Dia adalah legenda kelab. Dia banyak menyumbang untuk Chelsea. Kami mengucapkan moga terus berjaya sebagai jurulatih," tambah Zola.
"Kemampuannya menjalankan tugas dengan baik tidak mengejutkan dan dia akan meneruskannya dalam peranan baru untuk bola sepak. Dia sentiasa menunjukkan disiplin yang baik untuk perlawanan."
Pemain Chelsea yang dipinjamkan, Mason Mount dan Fikayo Tomori, berkemungkinan besar beraksi buat Derby di Stamford Bridge dan Zola tidak sabar untuk melihat prestasi mereka.
"Saya memantau mereka apabila hadir ke sini. Saya melakukan analisis untuk pemain yang dipinjamkan. Mereka merupakan pemain awal yang saya kaji.
"Perancangannya adalah untuk mengekalkan mereka bagi aksi pra-musim tetapi peluang untuk beraksi di pentas kompetitif seperti Liga Kejuaraan tiba dan kelab membuat keputusan bahawa ia bagus untuk mereka.
"Saya sukakan mereka kerana memiliki kepantasan berfikir untuk bertindak. Anda boleh lihat daripada corak permainan.
"Secara fizikal, ia perlu dipertingkatkan kerana Liga Perdana Inggeris adalah satu tahap yang berbeza tetapi mereka menunjukkan perkembangan bagus dan saya teruja dengannya."
Astro Arena
Wed Oct 31 2018
Eden Hazard ketika beraksi dalam Liga Europa antara Chelsea dan Vidi FC di Stamford Bridge, London, 4 Okt, 2018. REUTERS/Fail
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu minggu depan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Hazard hampir kembali, tetap terlepas aksi berdepan Derby
Pemain antarabangsa Belgium itu tidak beraksi dalam perlawanan Liga Europa sewaktu The Blues menundukkan BATE dan saingan Liga Perdana Inggeris berdepan Burnley akibat kecederaan belakang.