Sabtu lepas, kasut edisi khas legenda papan selaju negara, Pa'din Musa ataupun nama sebenarnya Ahmad Fadzil Musa habis dijual beberapa jam selepas dilancarkan pada hari yang sama.

Peminat sanggup beratur beberapa jam lebih awal sebelum kedai yang menjualnya dibuka untuk mendapatkan kasut edisi khas itu.

Pa'din juga orang Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan dan mempunyai model signature colorway dikeluarkan syarikat kasut Amerika Syarikat, Vans.

Berikut infografik kenapa Pa'din dianggap seorang legenda dan beberapa informasi yang tidak dimuatkan dalam filem dokumentari yang diterbitkan baru-baru ini.

8 fakta menarik mengenai Pa'din Musa.