Ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee menggesa anak buahnya agar tidak mengambil mudah kemampuan pasukan B-22 China apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi persahabatan di Stadium Pusat Sukan Xiangtan di China, pada Jumaat.
Beliau berkata walaupun masing-masing berkongsi kekecewaan selepas seri 1-1 pada Kejohanan Piala Dubai B-23 di Emiriah Arab Bersatu, Mac lepas, perlawanan hari ini sudah tentunya berbeza kerana kedua-dua pasukan sudah membuat rombakan besar-besaran selepas kejohanan berkenaan.
"Saya percaya aksi persahabatan ini juga penting kepada China kerana mereka bakal menjadi tuan rumah pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak B-23 AFC 2018," kata Kim Swee pada sidang media menjelang perlawanan berkenaan, pada Jumaat.
Berkongsi pandangan sama adalah kapten pasukan muda negara, Mohd Adib Zainuddin yang berharap rakan sepasukan dapat menampilkan aksi terbaik pada perlawanan persahabatan tersebut.
"Saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat mempamerkan aksi terbaik kerana kita dalam persiapan menghadapi Sukan SEA dan juga kejohanan kelayakan B-23 AFC," kata pemain pertahanan Felcra FC itu.
Selepas perlawanan menentang skuad B-22 China, anak buah Kim Swee akan berdepan pasukan pelapis Guangzhou R&F dan Guangzhou Evergrande, sebelum pulang ke tanah air pada 13 Jun.
Aksi jelajah China itu adalah sebahagian persiapan skuad muda negara sebelum mengharungi pusingan kelayakan B-23 AFC 2018 yang berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, dan juga Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos.
Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama-sama dua musuh tradisi dari ASEAN - Thailand dan Indonesia serta Mongolia pada aksi kelayakan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2017
KIM SWEE: Saya percaya aksi persahabatan ini juga penting kepada China kerana mereka bakal menjadi tuan rumah pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak B-23 AFC 2018. -Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.