FIFA Women's World Cup ataupun piala dunia wanita FIFA merupakan topik utama di Twitter hari ini.

Soccer moms mungkin gelaran yang diberi kepada ibu yang menghantar anak mereka ke aktiviti sukan tetapi hari ini soccer moms memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia.

Hat-trik kapten pasukan Amerika Carli Lloyd pada minit ke-16 adalah satu yang menakjubkan.

Ia membuktikan wanita juga sehebat lelaki dalam bola sepak.
Pemain tengah Stoke City, Charlie Adam antara yang kagum dengan gol yang dijaringkan Lloyd.
Presiden Amerika, Barack Obama turut kagum dengan pencapaian Amerika terutama sekali Lloyd dan berharap seluruh pasukan akan kunjung ke White House dan membawa bersama piala yang dimenangi.
Lloyd turut membalas tweet Obama dengan berterima kasih dan akan jumpa beliau di White House tidak lama lagi.
Naib presiden, Joe Biden antara pemimpin Amerika yang turun ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan negara itu.

Biden menganggap kemenangan skuad wanita negara itu sebagai kemenangan yang memberi inspirasi.

Bagi penyokong Amerika yang hadir, mereka masih tidak percaya dapat menyaksikan kejayaan pasukan itu dengan mata mereka sendiri.

Ada yang menganggap singkatan bagi USA adalah Ultimate Soccer Awesomeness selepas kejayaan pasukan itu memenangi gelaran dunia yang ketiga pagi tadi.

Ternyata kejayaan pasukan wanita Amerika dijadikan sumber inspirasi kepada wanita-wanita bukan sahaja di Amerika tetapi di seluruh dunia.


Pemain-pemain Amerika turut berkongsi keterujaan mereka menjulang piala paling prestij dalam bola sepak.

❤️❤️❤️

A photo posted by @laurenholiday12 on


#WonItAll

A photo posted by Hope Solo (@hopesolo) on



Dalam perlawanan akhir pagi tadi, Lloyd menjaringkan hat-trik dalam tempoh 13 minit untuk menewaskan Jepun 5-2.

Dua gol awal pada minit ke-3 dan 5 perlawanan oleh Lloyd menerusi gerakan set-piece ternyata memusnahkan harapan Jepun untuk mencari gol penyamaan kerana kerap diserang balas skuad Amerika.

Kemenangan Amerika juga menebus kekalahan kepada Jepun pada final 2011 dimana mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

Ada yang mengaitkan kemenangan Amerika sebagai balasan kepada Jepun yang mengharam import daging pada 2003.

Kali terakhir Amerika memenangi piala dunia ialah pada 1999.