Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terlalu sensitif dengan kenyataan "mengajar mereka satu dua perkara" oleh juara renang Olimpik Singapura, Joseph Schooling.
Khairy berkata rakyat Malaysia perlu berkongsi kegembiraan dan penghormatan bahawa Schooling merupakan satu-satunya pemenang pingat emas Olimpik daripada Asia Tenggara dalam acara renang.
"Jangan terlalu memberi tumpuan pada perkara itu," kata Khairy.
Ujar beliau, apa yang lebih penting adalah untuk mengingati bahawa ibu Schooling berasal dari Malaysia dan menurut Khairy beliau sendiri tidak fikir bahawa perenang itu mempunyai niat negatif apabila mengungkapkan perkataan itu.
Menegaskan bahawa temasya dwitahunan itu sepatutnya diraikan dengan meriah, beliau berharap perkara itu tidak lagi diperbesarkan.
Khairy berkata demikian selepas merasmikan Pusat Media Utama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Perenang berumur 22 tahun itu berkata komennya tentang akan kembali ke "halaman belakang Malaysia" pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan "mengajar mereka satu dua perkara " telah disalah faham dan diambil di luar konteks, menurut laporan Channel NewsAsia.
"Saya sebenarnya bercakap mengenai atlet muda yang akan pergi ke sana, dan mengajar semua atlet muda tentang satu dua perkara dan untuk menjadikan Sukan SEA sebagai langkah pertama untuk menyertai sukan dan kejohanan lebih besar dan lebih baik di masa depan," Schooling dipetik berkata demikian.
Sukan SEA secara rasminya berlangsung dari 19 Ogos hingga 30 Ogos membabitkan 404 acara daripada 38 sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2017
Khairy yakin perenang itu mempunyai niat negatif apabila mengungkapkan perkataan itu.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Pemberita hampa perenang Singapura, Joseph Schooling, tidak muncul
Pemberita hampa apabila juara Olimpik Singapura Joseph Schooling tidak muncul tatkala pasukan renang negara pulau itu tiba di sini hari ini untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).