Semuanya serba tak kena dengan persembahan pertama Jerman di Rusia.
Sami Khedira asyik terlepas penguasaan bola, Thomas Muller semacam hilang punca, rembatan Julian Brandt sedikit tersasar dan Mesut Ozil sukar cari ruang hantaran melepasi benteng Mexico.
Kegagalan skuad Die Mannschaft menemui rentak permainan meyakinkan selaku penyandang juara dimanfaatkan skuad El Tri yang sering melancarkan serangan balas yang pantas, sejurus merampas bola daripada Jerman.
Mexico tidak menunggu lama untuk menghukum kealpaan juara dunia empat kali itu apabila serangan balas pada minit ke-35, berakhir di kaki Hirving ‘Chucky’ Lozano.
Lozano mengelak cabaran Ozil sebelum melepaskan rembatan melepasi gawang yang dikawal Manuel Neuer.
Gegak gempita penyokong Mexico di Stadium Luzhniki tetapi tidak sehebat di tanah air Mexico.
Sebuah agensi pemantauan dan penyelidikan geologikal Mexico, SIMMSA mendapati ada berlaku gempa bumi kecil dan aneh di ibu negara negara itu, Mexico City.
Memetik laporan goal.com, gempa bumi yang dikesan berlaku di Mexico City bukan tercetus secara semulajadi.
Kenyataan diambil daripada Twitter SIMMSA juga menyebut kemungkinan gempa disebabkan berlaku lompatan besar ketika gol pasukan Mexico dijaringkan pada Piala Dunia.
Sekurang-kurangnya dua pengimbas di dalam bandar itu mengesan gempa yang berlaku pada 11.32 pagi (waktu Mexico), semasa perlawanan Jerman menentang Mexico.
Ia dianggar berlaku pada waktu yang sama Lozano menjaringkan gol di Moscow, yang mendahului lapan jam dari Mexico City.
Tidak mustahil memang itu puncanya, memandangkan bandar itu memiliki 8.9 juta penduduk yang menjadikannya bandar paling padat penduduk di Amerika Utara.
Bayangkan jika separuh daripada jumlah itu bersorak pada masa yang sama, ia mampu mencetuskan gegaran.
Kembali ke Moscow, Mexico terus ditekan dan terpaksa bertahan dengan peningkatan intensiti serangan daripada anak didik Joachim Low, yang berhempas pulas untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.
Bagaimanapun kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat permainan walaupun Jerman mempunyai beberapa peluang dihadapan gol.
Nyata, selepas Perancis dan Sepanyol, sumpahan ‘juara tak bertahan’ masih lagi hidup dan kini giliran Jerman menerimanya.
Tonton: Jerman lawan Mexico
Israr Khalid
Sun Jun 17 2018
Hirving Lozano (no.22) menjaringkan gol kemenangan Mexico ke atas juara bertahan, Jerman awal pagi tadi. - Gambar REUTERS/Christian Hartmann.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
England pulang dengan tangan kosong
Jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard memastikan Belgium menang 2-0 ke atas England untuk mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA
Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.
Perancis ke final Piala Dunia Rusia 2018
Perlawanan di Saint Petersburg itu menyaksikan Belgium menguasai 30 minit pertama permainan dengan Perancis mempunyai hanya satu cubaan ke arah gol lawan.
Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia
Peluang terbaik skuad generasi emas untuk memenangi Piala Dunia tahun ini namun skuad bintang Perancis menjadi penghalang utama.
Rusia tersingkir dari Piala Dunia, tewas sepakan penalti
Tuan rumah Piala Dunia, Rusia tersingkir dari kejohanan selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti disebalik semangat juang yang tinggi.
Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir
Belgium mempamerkan persembahan yang meyakinkan untuk menewaskan juara lima kali, Brazil 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir.
Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir
Kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera memberi kelebihan kepada Perancis untuk menang 2-0 untuk mara ke separuh akhir.
Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir
England menamatkan badi kalah dalam penentuan penalti selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi tendangan penalti.
Cavani mungkin diturunkan menentang Perancis
Kecederaan yang dialami Cavani tidak serius dan kemungkinan besar diturunkan menentang Perancis Jumaat ini.
Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu
Belgium belum pernah menewaskan Brazil, namun itu cerita lama kerana the Red Devils lebih berbahaya dalam serangan kali ini berbanding dahulu.