Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuat rombakan pemain secara keseluruhan terutama di bahagian pertahanan bagi mengekang kemaraan pasukan Ceres Negros dalam aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam esok.
Jurulatih JDT Ismail Ibrahim berkata ini berikutan dua tonggak pertahanan Harimau Selatan, Aidil Zafuan dan Fadhli Shas masih belum pulih daripada kecederaan.
"Kami tidak mempunyai masalah untuk bermain, sesiapa pun yang akan turun pada perlawanan esok, mereka sudah bersedia dan tahu tanggungjawab masing-masing. Pasukan JDT sentiasa mempunyai tenaga pemain yang mencukupi selain kesemua mereka sedang berada di tahap paling memuaskan.
"Bagi dua pemain yang cedera, Aidil dan Fadhli, ia tidak menjadi masalah sebab kami ada tiga lagi pemain seperti Dominic (Dominic Tan), Hasbullah (Hasbullah Abu Bakar) dan Amirul (Amirul Hadi Zainal) yang juga boleh bermain di posisi itu," katanya pada sidang media mengenai perlawanan JDT-Ceres Negros, Filipina hari ini.
Menurutnya, skuad Harimau Selatan juga tidak mempunyai masalah dengan barisan pemain import, berikutan keadaan Gonzalo Cabrera yang beransur pulih dan pihaknya sedang cuba mencari posisi terbaik untuknya bermain bersama Gabriel Guerra.
Tambahnya, sasaran mesti menang perlu bagi memastikan bekalan selesa dapat dikutip sebelum berkunjung ke Pana-ad Park Football Stadium, Bacolod City dalam aksi timbal balik pada 31 Mei ini.
"Ia bukan perlawanan yang mudah, jadi kami akan guna segala kelebihan yang ada untuk memastikan kemenangan dan dapat jumlah jaringan selesa di sini. Piala AFC memang sangat penting buat kami dan beraksi di final adalah sasaran pasukan untuk tahun ini," katanya.
Menurut Ismail, persiapan rapi juga telah dibuat selain menjalani rutin latihan baharu bagi memastikan faktor ambil mudah di akhir perlawanan seperti beberapa aksi sebelum ini tidak berulang.
"Kami juga sudah tengok gaya permainan lawan, mereka bukan pasukan yang mudah dan mempunyai ramai pemain bagus, jadi fokus memang tak boleh hilang dalam aksi di sini nanti.
"Selain itu, dalam dua hari sebelum ini juga kami telah melakukan persiapan untuk barisan pemain sentiasa fit dan kekal bertenaga hingga tamat permainan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Pasukan JDT akan membuat rombakan pemain secara keseluruhan terutama di bahagian pertahanan bagi mengekang kemaraan pasukan Ceres Negros dalam aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. -Gambar fail
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
JDT elak boros, sedia lepaskan pemain
JDT sedia melepaskan beberapa pemain dan staf teknikal sebagai salah satu penstrukturan semula kelab tersebut.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
ACL: Permulaan hambar hukum JDT di Ulsan
JDT mengalami kekalahan kedua selepas kecundang 1-3 di tangan pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada aksi ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini.
Nafsu JDT sukar disekat
Sudah tentu dengan prestasi yang luar biasa yang dijelmakan oleh anak didik Esteban Solari masa ini pasti mampu menggekalkan kejuaraan Liga Super berturut-turut untuk satu dekad.
JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.
Final Piala Malaysia: Aura pemain ke-12 semarak semangat JDT
Sokongan padu pemain ke-12 Harimau Selatan mampu menjadi pemangkin semangat pemain Johor Darul Tazim (JDT) dalam memburu kejuaraan Piala Malaysia 2022.
JDT menang bergaya, benam Guangzhou FC 5-0
JDT membelasah juara lapan kali Liga Super China Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
JDT, Sabah FC perkukuh kedudukan
Tampil dengan barisan terkuatnya, skuad Harimau Selatan itu tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-7.
Liga Super: Harimau Selatan kenduri gol, terkam Bujang Senang
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan permulaan sempurna bagi musim 2022 selepas membelasah Sarawak United, 6-0, malam ini.
Liga Super: Giliran KL City FC pula sekat JDT
JDT tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Hariss Harun pada minit ke-55 hasil sepakan sudut oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor.