Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga setelah mengatasi Kelantan 2-1 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mengutip 18 mata setelah mengharungi tujuh perlawanan liga setakat ini.
Pada aksi di Kota Bharu, pemain antarabangsa Lubnan, Mohammed Ghaddar meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-11 sebelum Safiq Rahim menyamakan kedudukan untuk JDT pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti.
Natxo Insa memastikan tiga mata menjadi milik JDT setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.
Pahang kembali ke tangga kedua liga setelah menewaskan Melaka 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan hasil jaringan pemain import dari Brazil, Patrick Dos Santos Cruz pada minit ke-71 dan Mohd Faisal Abdul Halim pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.
Dalam pada itu, Selangor kembali ke landasan kemenangan setelah menang tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Dua gol skuad Gergasi Merah dijaringkan oleh pemain import dari Sepanyol, Rufino Segovia del Burgo pada minit ke-34 dan Sean Eugene pada minit ke-56 sebelum Negeri Sembilan merapatkan defisit jaringan menerusi N. Thanabalan pada minit ke-64.
Dalam saingan Liga Premier, pasukan bawahan liga, Pulau Pinang kembali menghidupkan peluang untuk keluar daripada zon penyingkiran setelah bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
Maxsius Musa terlebih dahulu meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-20 sebelum pasukan tuan rumah bangkit melakar dua jaringan menerusi Sanna Nyassi pada minit ke-75 dan Kang Seung-Jo hasil sepakan penalti pada penghujung babak perlawanan.
UKM FC pula gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 3-3 ketika berdepan MIFA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 28 2018
Pemain JDT Muhammad Safawi Rasid (tengah) di asak pemain Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi. - BERNAMA
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.