Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengetuai kemaraan 14 pasukan ke pusingan ketiga Piala FA selepas berakhirnya perlawanan pusingan kedua, malam tadi.
JDT menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, hasil jaringan Gabriel Miguel Guerra pada minit ke-12 dan Gonzalo Cabrera pada minit ke-79.
Juara tiga kali, Kedah turut mara ke pusingan ketiga selepas menang 4-2 ke atas Kuala Lumpur pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Empat gol skuad Lang Merah menerusi Liridon Krasniqi pada minit ke-32, gol sendiri pemain Kuala Lumpur, Zaiful Abdul Hakim (minit ke-35), Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-41 dan ke-62, manakala dua gol Kuala Lumpur dijaringkan Guilherme de Paula pada minit ke-76 dan Ibrahim Syaihul pada minit ke-90.
Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, juara dua kali Pahang bangkit pada masa tambahan 30 minit untuk menewaskan Johor Darul Ta'zim II 4-2.
Pemain import dari Brazil, Matheus Alves dan Salamon Raj menjaringkan dua gol untuk skuad Tok Gajah, masing-masing pada minit ke-104 dan ke-109.
Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi penuh 90 minit dengan Muhammad Hadi Fayyadh meledak dua gol pada minit ke-34 dan ke-38 untuk skuad Harimau Selatan, sebelum Pahang bangkit menyamakan kedudukan menerusi dua gol pemain import dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-46 dan ke-67.
Di Stadium Negeri Petra Jaya, Sarawak berpesta gol selepas menang selesa 6-3 ke atas pasukan tercorot Liga Perdana, MISC-MIFA.
Pemain import dari Filipina, Mark Andrew Hartmann muncul wira skuad Bujang Senang apabila melakar hatrik pada minit ke-11, ke-59 dan ke-80, selain dua gol daripada Mateo Roskam (minit ke-23 dan ke-37) serta Ronny Harun pada minit ke-33.
Tiga gol pasukan MISC-MIFA dijaringkan Michael Chuwubunna Ijezie pada minit ke-69 dan ke-77 serta Ooi Shee Keong pada minit ke-56.
Melaka United pula menang tipis 1-0 ke atas PKNS FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, hasil jaringan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-65.
Dalam pada itu, juara lima kali Selangor dan juara dua kali Kelantan, tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada lawan masing-masing.
Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor seri tanpa jaringan berdepan Negeri Sembilan, manakala Kelantan seri 1-1 menentang wakil Perak, PKNP FC di Stadium Perak, Ipoh pada aksi penuh 90 minit.
Dua lagi aksi pusingan kedua Piala FA akan berlangsung esok melibatkan pertemuan dua pasukan Piala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), KDMM FC dan MOF FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, dan perlawanan antara Perak dan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor di Stadium Perak, Ipoh.
Undian pusingan ketiga Piala FA dijadual berlangsung dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' di TV9, Ahad ini (19 Feb).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2017
Pemain Felda United, Zah Rahan Krangar (kiri) cuba melepasi kawalan pemain JDT, Mohd Afiq Fazail pada aksi perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Tun Abdul Razak, Maran, 14 Feb, 2017. --fotoBERNAMA
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 24 April 2024
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ketidaktentuan pasaran global: Impak & Strategi Pelaburan di Malaysia
S&P 500 ditutup lebih rendah untuk tiga minggu berturut-turut, manakala Nasdaq yang terdiri daripada teknologi jatuh untuk minggu keempat berturut-turut. Bagaimana impak ketidaktentuan pasaran global memberi kesan kepada pasaran saham di Malaysia?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP: Tingkat literasi kewangan, depani krisis persaraan
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan beliau berkenaan pelaksanaan Akaun 3 KWSP serta bagaimana pentingnya literasi kewangan dalam mendepani krisis persaraan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Adira, Datuk Red bercerai talak satu
Rumah tangga Adira berakhir selepas suaminya, Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
AWANI Pagi: Pembedahan aestetik - Mahu cantik tapi selamat
Trend untuk melakukan pembedahan plastik secara pantas, ringkas dan murah melalui individu tidak bertauliah adalah sangat merisaukan.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama Pakar Bedah Plastik untuk ketahui tip dan kaedah mendapatkan rawatan yang selamat.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.