Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super selepas empat perlawanan apabila menang tipis 2-1 ke atas Melaka di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.
Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan memintas sementara kedudukan Pahang di tangga kedua, namun kedudukan tersebut dijangka berubah sekiranya Pahang berjaya menewaskan Selangor di laman sendiri, esok (Ahad).
JDT berkongsi 10 mata dengan pendahulu, Kedah, namun skuad Lang Merah unggul di persada liga menerusi perbezaan jaringan.
Pada aksi di Larkin, JDT mendahului 2-0 hasil sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada minit ke-34, sebelum pemain kebangsaan, Muhd Safawi Rasid menggandakan jaringan untuk pasukan tuan rumah, selang sembilan minit kemudian.
Melaka berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi Patrick Alcala Reichelt pada minit ke-72.
PKNS FC pula naik dua anak tangga ke kedudukan keempat selepas menang tipis 1-0 ke atas PKNP FC di Stadium Shah Alam, hasil jaringan tunggal Kpah Sherman seawal minit kedua perlawanan.
Dalam pada itu, Perak gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 dengan Felda United di Stadium Perak, Ipoh.
Kapten Felda United, Muhammad Hadin Azman meletakkan pasukan pelawat di hadapan menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-44, sebelum Gilmar Da Silva menyelamatkan maruah Perak apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-71.
Dalam saingan Liga Premier, Selangor United meneruskan rentak kemenangan dengan jaringan Raslam Khan Abdul Rashid pada minit ke-27 untuk mengatasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Sabah turut meraih tiga mata setelah menang tipis 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.
Dua gol Sang Badak dijaringkan oleh Rodoljub Paunovic pada minit ke-36 dan Sabri Sahar, selang dua minit kemudian manakala gol tunggal Sarawak disumbangkan oleh Pedro Henrique pada minit ke-89.
Terengganu FC II dan UKM FC pula berkongsi satu mata setelah seri tanpa jaringan pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 23 2019
Pemain JDT, Diogo Luis Santo menanduk bola dari dirampas oleh pemain Melaka pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 Johor Darul Ta'zim menentang Melaka di Stadium Tan Sri Dato'Haji Hassan Yunos malam ini. - BERNAMA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
JDT elak boros, sedia lepaskan pemain
JDT sedia melepaskan beberapa pemain dan staf teknikal sebagai salah satu penstrukturan semula kelab tersebut.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
ACL: Permulaan hambar hukum JDT di Ulsan
JDT mengalami kekalahan kedua selepas kecundang 1-3 di tangan pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada aksi ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini.
Nafsu JDT sukar disekat
Sudah tentu dengan prestasi yang luar biasa yang dijelmakan oleh anak didik Esteban Solari masa ini pasti mampu menggekalkan kejuaraan Liga Super berturut-turut untuk satu dekad.
JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.
Final Piala Malaysia: Aura pemain ke-12 semarak semangat JDT
Sokongan padu pemain ke-12 Harimau Selatan mampu menjadi pemangkin semangat pemain Johor Darul Tazim (JDT) dalam memburu kejuaraan Piala Malaysia 2022.
JDT menang bergaya, benam Guangzhou FC 5-0
JDT membelasah juara lapan kali Liga Super China Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
JDT, Sabah FC perkukuh kedudukan
Tampil dengan barisan terkuatnya, skuad Harimau Selatan itu tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-7.
Liga Super: Harimau Selatan kenduri gol, terkam Bujang Senang
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan permulaan sempurna bagi musim 2022 selepas membelasah Sarawak United, 6-0, malam ini.
Liga Super: Giliran KL City FC pula sekat JDT
JDT tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Hariss Harun pada minit ke-55 hasil sepakan sudut oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor.