Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bercadang membeli sebidang tanah di bandar Valencia atau Barcelona di Sepanyol untuk dibangunkan menjadi sebuah kem latihan JDT dan juga tempat penginapan para pemain untuk perlawanan pramusim di negara Eropah berkenaan.
Laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers memaklumkan satu delegasi JDT dihantar ke Sepanyol hari ini untuk meninjau lokasi yang bersesuaian di sana.
"Selain itu, ia juga boleh menjadi tempat penginapan pemain muda kami yang diserapkan dalam mana-mana kelab di Sepanyol," kata kelab itu.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara Eropah pada Disember tahun lepas termasuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa kelab seperti Valencia, Real Madrid dan Barcelona di Sepanyol serta kelab Perancis, Paris St Germain.
Lawatan berkenaan antara lain bertujuan memperluas jaringan usahasama antara JDT dengan kelab-kelab berkenaan.
Untuk rekod, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah menjalankan program pembangunan akar umbi JDT bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund sejak tahun lepas dalam usaha melahirkan pemain muda berkaliber pada masa akan datang.
Bernama
Tue Jun 21 2016
Cadangan pemilikan tanah di Sepanyol itu adalah untuk menjadi sebuah kem latihan JDT dan juga tempat penginapan.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Pemain Arsenal ucapkan Tahun Baharu dalam Bahasa Mandarin
Kempen ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menawan hati peminat dari tanah besar China yang dianggap penting buat pasukan itu.
'Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger
Arsene Wenger tidak sabar untuk duduk bersama penyokong Arsenal dan menjerit kepada pengurus baru ketika perlawanan.
VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018
Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai VAR adalah penyokong tidak boleh menonton semula insiden yang dikesan.
Skuad B23 berdepan negara Timur Tengah sebagai persediaan Sukan Asia - Kim Swee
Malaysia B-23 akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa negara Timur Tengah sebagai persiapan menjelang Sukan Asia 2018.
Revolusi digital: Penyokong bola sepak aset kepada pasukan
Pasukan negeri atau kelab perlu menggunakan platform digital sebagai medan perniagaan dan hubungan dengan penyokong mereka.
JDT tekad bermati-matian pada Piala AFC 2018
Saingan musim depan mungkin aksi terakhir JDT dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
Diego Costa semakin berdisiplin, kata Antonio Conte
Penyerang kebangsaan Sepanyol itu bertelagah dengan pertahanan Stoke selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-17 kerana tidak berpuas hati apabila dikasari Bruno Martins Indi.
Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho
Ibrahimovic berada di tahap terbaik sejak menyertai United dari Paris Saint-Germain apabila telahpun menyumbat 26 gol dalam 38 penampilan musim ini.
Suarez terkejut dengan pengumuman Luis Enrique
Selepas melakar kemenangan besar 6-1 ke atas Sporting Gijon kelmarin, Luis Enrique mendedahkan dia tidak akan menyambung tugas sebaik kontraknya berakhir pada Jun.
Arsenal perlu simpan Sanchez berbanding Ozil - Wilson
Kedua-dua pemain tersebut bakal tamat kontrak hujung musim depan dengan beberapa kelab sudah mula menunjukkan minat terhadap mereka.