PJ CITY 0 JDT 1

Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), merekodkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya City FC di Stadium Petaling Jaya, sebentar tadi.

Kemenangan ketujuh dalam saingan liga buat JDT menyaksikan mereka menghuni tangga teratas dengan 23 mata selepas sembilan perlawanan manakala PJ City sekadar mengutip lapan mata selepas mengalami kekalahan kelima musim ini.

Walaupun kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan satu jaringan, JDT mendominasi PJ City sepanjang permainan.

Penyerang JDT, Safawi Rasid, muncul sebagai perancang jaringan Syafiq Ahmad pada minit ke-26.

Safawi terlebih dahulu memiliki peluang untuk meledak jaringan pada minit ke-20, namun percubaannya sekadar terkena palang gol.

JDT berpeluang untuk menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi Safawi tetapi percubaannya tersasar.

Penguasaan permainan JDT dalam separuh masa kedua tidak membenarkan PJ City untuk mencipta peluang untuk memastikan tiga mata diraih pelawat.

Keputusan lain:

FELDA UNITED 1 KUALA LUMPUR 1

PKNP 1 MELAKA 0