JENDELA perpindahan musim panas bagi Liga Perdana Inggeris (EPL) akan dibuka esok, 16 Mei 2019.

Kelab dan pemain dibenarkan untuk membuat perjanjian sebelum tarikh tersebut, namun hanya boleh melengkapkan kertas perpindahan pada 16 Mei.

Perpindahan pemain dari persekutuan bola sepak lain pula hanya boleh dilakukan apabila Sistem Pemadanan Permindahan FIFA (TMS) akan dibuka pada 11 Jun.

Ini bermakna semua perpindahan antarabangsa tidak boleh diproses sehingga FIFA TMS dibuka.

Seperti yang dipersetujui oleh semua kelab yang terlibat dalam liga Inggeris pada November tahun lepas, jendela perpindahan akan ditutup pada Khamis, 8 Ogos 2019, pukul 5 petang waktu Britain (BST).

Kelab boleh menjual atau meminjamkan pemain kepada liga lain selepas 8 Ogos, seperti Liga Satu atau Dua, dimana jendela perpindahan mereka ditutup pada 2 September, pukul 5 petang BST.

Liga Kejohanan Bola Sepak Inggeris (EFL) telah mengundi untuk menetapkan tarikh dan masa penutupan untuk perpindahan musim panas EPL 2019 untuk kelab di Liga Kejuaraan sahaja.