Malaysia gagal mempamerkan aksi yang diharapkan apabila dibelasah 1-11 oleh Jepun di Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Tashkent, Uzbekistan hari ini.

Dalam perlawanan Kumpulan D itu, Manabu Takita dan Ryosuke Nishitani menyumbang dua gol untuk Jepun, masing-masing pada minit ketiga dan tujuh serta 16 dan 19.

Jepun menambah enam lagi gol sebelum waktu rehat menerusi Kaoru Morioka (m13), Nobuya Osodo (m13), Tomoaki Watanabe (m15), Katsutoshi Henmi (m15) and Kazuhiro Nibuya (m19).

Pemain gantian negara, Afif Asyraf Muhammad Halil menyumbang gol tunggal barisan kendalian Marcelo Serpa itu pada minit ke-14 untuk membolehkan lawan mendahului 10-1 sebelum waktu rehat.

Yuki Murota menghasilkan gol terakhir perlawanan pada minit ke-40, bagi mengesahkan kedudukan Jepun sebagai pendahulu Kumpulan D dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Ini adalah kekalahan kedua Malaysia selepas tunduk 1-2 kepada Australia dalam aksi pembukaan pada Khamis lepas, sekali gus berada di kedudukan terbawah kumpulan itu.

Malaysia akan berdepan Qatar dalam perlawanan terakhir mereka dalam kumpulan
itu, Isnin ini.