Juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei hanya selangkah sahaja lagi untuk meraih gelaran juara remaja dunia yang kedua apabila mara ke final Kejohanan Badminton Juara Dunia BWF 2018 di Markham, Kanada pada Sabtu (Ahad di Malaysia).
Pemain pilihan ketiga, Jin Wei mempamerkan aksi bertenaga dan mengejutkan pilihan utama, Wang Zhiyi dari China dengan kemenangan 21-9 dan 21-13 pada perlawanan separuh akhir perseorangan wanita selama 38 minit di Markham Pan Am Centre, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.com.
Ini merupakan kemenangan berturut-turut Jin Wei menentang pemain China itu dengan mengetepikan pemain sama meraih pingat emas bersejarah dalam Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina bulan lepas.
Pemain berusia 18 tahun itu akan bertemu pemain Denmark, Line Christophersen pada aksi final pada Ahad (Isnin di Malaysia) selepas pemain pilihan ke-13 itu meraih 21-18 dan 23-21 menewaskan pemain pilihan keempat, Wei Yaxin dari China.
Pasangan beregu wanita remaja yang juga pilihan ketiga, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei turut menempah tempat di final selepas menewaskan pilihan kedua Febriana Dwipuji Kusuma-Ribka Sugiarto dari Indonesia; 21-19 dan 21-19 dalam straight set pada separuh akhir.
Tan-Toh bagaimanapun bakal berhadapan tugas berat menentang pemain pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dalam final selepas pasangan dari China itu mengalahkan pilihan keempat Agatha Imanuela-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia; 21-18 dan 21-13 dalam aksi separuh akhir. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 18 2018
Jin Wei mempamerkan aksi bertenaga dan mengejutkan pilihan utama, Wang Zhiyi dari China dengan kemenangan 21-9 dan 21-13 pada perlawanan separuh akhir perseorangan wanita selama 38 minit di Markham Pan Am Centre. - BERNAMA/Fail
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.