Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel ke-20 dengan menewaskan Laura Massaro, 3-0 pada final di sini.
Pemain nombor satu dunia itu menampilkan persembahan yang mantap untuk menyingkirkan musuh tradisinya dari England itu dengan keputusan 12-10, 11-2 dan 11-5 dalam pertarungan selama 44 minit itu pada Isnin.
Nicol, 30, menunaikan janji awalnya untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada edisi 2010 di New Delhi, India, sekali gus menyumbang pingat emas kedua negara di sini selepas Mohd Hafifi Mansor dalam acara angkat berat 69kg.
"Ia adalah hebat untuk memenangi pingat Sukan Komanwel sekali lagi...lebih-lebih lagi menyumbang emas kedua untuk kontinjen negara.
"Memenangi gelaran kali kedua adalah satu pencapaian yang luar biasa kerana ia adalah kemuncak acara skuasy dalam temasya yang mempertandingkan pelbagai acara sukan," katanya Nicol selepas perlawanan itu di Kampus Sukan Scotstoun di sini.
Beliau berkata pertemuan dengan Laura, selaku juara dunia dan pemain nombor dua dunia, memang sudah dijangka sengit daripada awal lagi.
"Set pertama adalah amat penting dan saya terpaksa berusaha memperagakan aksi yang lebih mantap pada set kedua dan ketiga bagi memastikan tidak melakukan kesilapan serta menguasai perlawanan ini," katanya.
Sementara itu, pingat gangsa dimenangi oleh pemain New Zealand, Joelle King yang menewaskan Alisan Waters dari England dengan keputusan 11-7, 11-7 dan 11-5.
Bernama
Tue Jul 29 2014
Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara perseorangan wanita pada Sukan Komanwel -Foto Fail
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Skuad badminton pertahan pingat emas acara berpasukan campuran
Skuad badminton negara berjaya mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran selepas menewaskan England.