Pemain pelapis perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan pada saingan Divisyen 1 Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 2020 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini, pada Khamis.

Selepas melakar dua kemenangan pada Rabu, pemain berusia 23 tahun itu meneruskan momentum dengan menundukkan bekas pemain negara, Liew Daren 21-18, 21-11 pada sesi pagi sebelum mengalahkan rakan sepasukan Leong Jun Hao, 21-18, 15-21, 21-14 pada sebelah petang.

Bagaimanapun, pemain ranking ke-10 dunia dan pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia, tewas dalam aksi dramatik di tangan pemain profesional, Soong Joo Ven, 19-21, 21-11, 27-29, dalam pertarungan selama 80 minit itu.

Joo Ven kemudian menarik diri daripada kejohanan selepas mengalami kekejangan otot di bahagian belakang ketika ketinggalan 0-3 pada set ketiga menentang pemain pelapis negara, Lim Chong King pada sesi petang.

BACA: Jun Hao cipta kejutan, aibkan Liew Daren

BACA: Kejohanan Jemputan BAM: Zii Jia, Joo Ven senasib dilanda kecederaan

Dalam acara beregu lelaki, beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melakarkan dua kemenangan dengan mengatasi Ooi Jhy Dar-Yap Roy King 21-18, 21-15 dan Lwi Sheng Hao-Ching Kai Feng 21-19, 21-15.

BAM menganjurkan kejohanan jemputan itu secara tertutup bagi memastikan pemain negara kekal kompetitif susulan pembatalan beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini ekoran pandemik COVID-19.

Seramai 52 pemain termasuk lapan pemain profesional negara bersaing dalam kejohanan pusingan 'round-robin' itu yang berakhir Ahad ini.


Keputusan:

Lelaki:

Perseorangan:

Cheam June Wei mn Liew Daren 21-18, 21-11

Leong Jun Hao mn Aidil Soleh Ali Sadikin 7-21, 21-17, 21-16

Ng Tze Yong mn Lim Chong King 21-14, 21-17

Soong Joo Ven mn Lee Zii Jia 21-19, 11-21, 29-27

Cheam June Wei mn Leong Jun Hao 21-18, 15-21, 21-14

Lim Chong King mn Soong Joo Ven 16-21, 21-16, 0-3 (Tarik Diri)


Beregu:

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Lwi Sheng Hao-Ching Kai Feng 21-9, 21-16

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Ooi Jhy Dar-Yap Roy King 21-18, 21-15

Low Hang Yee-Eng Ng Cheong mn Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-19, 21-11

Ooi Jhy Dar-Yap Roy King mn Choong Hon Jian-Loo Bing Kun 15-21, 21-15, 21-10

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Lwi Sheng Hao-Ching Kai Feng 21-19, 21-15

Goh V Shem-Tan Wee Kiong mn Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 21-18, 16-21, 21-17

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani mn Chen Tang Jie-Nurfirdaus Azman 21-14, 21-17



Wanita:

Perseorangan:

Sonia Cheah mn Eoon Qi Xuan 19-21, 21-10, 21-17

Lee Ying Ying mn K. Letshanaa 17-21, 21-16, 21-10


Beregu:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Pearly Tan Koong Le-M Thinaah 21-10, 19-21, 21-14

Anna Cheong Ching Yik-Toh Ee Wei mn Teoh Mei Xing-Yap Ling 17-21, 21-15, 21-15


Beregu Campuran:

Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 20-22, 21-18, 21-17


-- BERNAMA