Penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar sah menyertai kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan perpindahan yang dipercayai membabitkan bayaran paling tinggi dalam sejarah bola sepak tempatan.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju melepaskan pemain berusia 33 tahun dari Lebanon itu pada jendela perpindahan kedua yang dibuka semalam, sebaik JDT melengkapkan dokumen yang diperlukan serta bayaran perpindahan yang dipersetujui.
Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah menegaskan perpindahan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik mereka menerima dokumen dan bayaran yang menurutnya merupakan tertinggi dalam sejarah bola sepak tanah air.
"Berapa bayaran perpindahan saya tidak boleh umumkan kerana KAFA dan JDT telah bersetuju untuk tidak mendedahkan perkara berkenaan. Ini merupakan tawaran ketiga yang diterima KAFA dari JDT berhubung niat mereka mendapatkan Ghaddar," katanya dalam sidang akhbar berhubung isu berkenaan di sini hari ini.
Menurut Muhammad Nasir, masalah kewangan bukan merupakan punca utama KAFA melepaskan penyerang import itu kepada JDT.
Katanya jika dilihat melalui tulisan pemain itu di laman sosial, Ghaddar sendiri sudah tidak berminat untuk bermain bersama Kelantan, justeru tiada guna bagi KAFA menghalangnya daripada berhijrah ke pasukan lain.
"KAFA juga telah mengenal pasti beberapa calon pemain dari Asia Tengah bagi mengisi kekosongan kuota pemain import dari Asia berikutan penjualan Ghaddar," katanya.
Ghaddar merupakan penjaring terbanyak Liga Super dengan 18 gol selepas 12 perlawanan.
Ditanya jika terdapat pemain lain bakal meninggalkan pasukan The Red Warriors pada jendela perpindahan pemain bulan ini, Muhammad Nasir berkata pihaknya ada menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain yang berminat dengan pemainnya, namun, tiada perbincangan lanjut dijalankan.
Sementara itu, ditanya sama ada terdapat sebarang perjanjian antara KAFA dan JDT, beliau berkata ia tidak timbul malah KAFA memberi kebebasan kepada JDT untuk menurunkan Ghaddar jika menentang Kelantan dalam baki perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia.
JDT sebelum ini meletakkan perjanjian dengan beberapa pemainnya yang berpindah ke pasukan lain di mana mereka tidak boleh diturunkan menentang JDT.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2017
Ghaddar (dua dari kanan) sudah tidak berminat untuk bermain bersama Kelantan, justeru tiada guna bagi KAFA menghalangnya daripada berhijrah ke pasukan lain. - Bernama
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Tiada lagi ulang tayang Piala FA
Semua video ulang tayang perlawanan Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.