PENGURUS Tottenham, Mauricio Pochettino, mengakui kekalahan pasukannya kepada Liverpool menjejaskan keyakinan mereka hingga membawa kepada kekalahan 1-0 kepada Gent dalam Liga Europa, awal pagi tadi.
Kekalahan 2-0 dalam aksi Liga Perdana di Anfield itu menamatkan rekod tanpa kalah Spurs dalam 11 perlawanan dalam semua pertandingan.
Kesebelasan Pochettino terus gagal mempamerkan persembahan terbaik yang menyaksikan mereka tunduk dalam pertemuan pertama pusingan 32 di Ghelamco Arena, awal pagi tadi.
Satu kunjungan merentasi London untuk berdepan Fulham dalam Piala FA menanti Spurs sebelum mereka cuba menerbalikkan kedudukan ketika melayani Gent di Wembley dan Pochettino menggesa pasukannya untuk mengembalikan persembahan terbaik mereka.
“Sehingga kekalahan kepada Liverpool itu, kami sedang menikmati satu rentetan yang baik,” katanya. “Selepas ditewaskan Liverpool, barangkali keyakinan kami menjunam sedikit tapi hari ini adalah satu saingan berbeza. Semua yang menonton tahu ia bukan permainan terbaik kami.
Jaringan Jeremy Perbet dalam separuh masa kedua memberi Gent kelebihan untuk menghadapi pertemuan kedua di Wembley – gelanggang sementara Tottenham dalam saingan Eropah – tapi Pochettino enggan mengalah selepas menyaksikan pasukannya bergelut di Belgium.
“Ia bukan hanya 90 minit, itu hanya pertemuan peringkat pertama.
“Separuh masa pertama adalah seimbang. Dalam separuh masa kedua, kami menukar formasi untuk mencari penyelesaian dan bermain lebih baik, dan sedang kami meningkat, kami bolos satu gol.
“Ya, saya kecewa kerana kami memiliki banyak peluang, dua atau tiga daripadanya peluang terbuka, sebelum kami dibolosi.
“Ia sentiasa sukar dalam Liga Europa. Kini kami perlu berjuang dari mula untuk menerbalikkan keputusan dan cuba memenangi perlawanan timbal balik di Wembley,” katanya.
Astro Arena
Fri Feb 17 2017
esebelasan Pochettino terus gagal mempamerkan persembahan terbaik yang menyaksikan mereka tunduk dalam pertemuan pertama pusingan 32 di Ghelamco Arena. - Reuters
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Kemenangan menakjubkan buat Liverpool
Mendapat keputusan yang baik, The Reds kekal pada landasan untuk merebut empat trofi musim ini.
Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.
Liverpool kecundang kepada Toulouse
Kemenangan kelab Perancis itu hadir ketika Liverpool mengalami kekalahan pertama dalam kempen Liga Europa musim ini.
Liverpool menang bergaya
Diogo Jota meletakkan Liverpool di hadapan seawal minit kesembilan sebelum disamakan oleh Thijs Dallinga pada minit ke-16.
Manchester United raih pendapatan tinggi tapi masih rugi
Pendapatan tinggi itu dicatat walaupun United beraksi dalam Liga Europa dan bukannya UCL yang menawarkan ganjaran lebih lumayan.
Liga Europa: West Ham-Olympiacos risau ancaman samseng bola sepak
Bola sepak di Athens bergolak selepas perlawanan pada Ahad lalu terpaksa ditangguhkan selepas seorang pemain lawan terkena mercun.
UEL: De Zerbi puji Brighton tampil semangat 'luar biasa' ikat Marseille
Joao Pedro menjaringkan penalti pada minit ke-88 untuk memperoleh keputusan seri yang mengekalkan Brighton dalam saingan Kumpulan B.
UEL: David Moyes puji aksi Mohammed Kudus bantu West Ham atasi TSC
David Moyes puji Mohammed Kudus selepas pemain Ghana itu membantu West Ham bangkit untuk menewaskan TSC Backa Topola.
Liga Europa: Sevilla julang kejuaraan buat kali ketujuh
Liga Europa: Sevilla julang kejuaraan buat kali ketujuh
Terlepas tiket UCL tidak jejas minat pemain sertai Liverpool - Virgil van Dijk
Mereka kini memerlukan sama ada Newcastle atau Manchester United untuk kalah dalam kedua-dua baki perlawanan mereka.