Walaupun sedar akan cabaran yang dihadapi pemain Malaysia sewaktu pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 di Indonesia pada Khamis, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe tidak begitu khuatir tentang keselamatan anak buahnya.
Jelasnya lagi, mereka mempunyai keyakinan berdasarkan perbincangan yang beberapa kali dilakukan di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) tentang kawalan keselamatan pada Khamis.
Tan berkata, beliau sering berpesan kepada anak buahnya agar jangan fikirkan sangat soal keselamatan, sebaliknya terus fokus dalam perlawanan agar berjaya mendapat tiga mata penuh.
“Memang naik (Baraccuda) kali yang kedua, 2010 dan 2019. Itu pengalaman cukup baiklah. Yang lain saya taknak komen. Setakat ini kita, FAM dan PSSI dah beberapa kali berbincang dan kita adalah rasa kali ini kita lebih bersedia dan pemain-pemain pun saya selalu mengingatkan.
“Kita cuma terus dalam perlawanan sahaja. Dari segi keselamatan kita semua tak perlu risau, atau bimbang. Semuanya dijamin akan dalam keadaan terbaik,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari Jakarta, petang Jumaat.
Sementara itu, pemain pertahanan tengah Harimau Malaya, Brandon Gan Seng Ling berkata, pengalaman sewaktu permainan itu sangat berharga, apatah lagi menyedari malaysia begitu sukar memenangi perlawanan di Gelora Bung Karno.
Ia pengalaman yang cukup, cukup menarik, satu permainan yang hebat untuk kami memandangkan Malaysia sudah sekian lama tidak memenangi perlawanan di Indonesia.
“Suasananya juga agak merbahaya, tetapi pasukan kami bermain dengan cukup baik, kekal dengan strategi perlawanan, terus focus, dan akhirnya kami berjaya mendapat kemenangan. Jadi ianya sangat bagus,” katanya lagi.
Sementara itu, FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka kesal dengan kejadian 'hooliganism' dan 'gangsterism' yang dicetuskan penyokong indonesia semalam.
Dalam kenyataan itu, FAM berkata mereka telah memutuskan untuk mengambil tindakan dan sedang mengumpul bukti kukuh bagi melaporkan kejadian semalam kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Firdaus Azil
Fri Sep 06 2019
Tan berkata, beliau sering berpesan kepada anak buahnya agar jangan fikirkan sangat soal keselamatan, sebaliknya terus fokus dalam perlawanan agar berjaya mendapat tiga mata penuh.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Fokus siasatan nahas helikopter TLDM di Lumut
Bersama ditalian, Kapten Manan Mansor, Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.