TOTTENHAM 2 BRIGHTON 1
Harry Kane dan Dele Alli meledak gol dalam separuh masa kedua untuk kemenangan 2-1 berpihak kepada Tottenham ketika berdepan Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri pada Khamis.
Skuad kendalian Jose Mourinho itu, yang tumpas 0-2 kepada Chelsea, Ahad lalu, memperagakan aksi di bawah tahap sebenar ketika ketinggalan 0-1 kepada Brighton dalam pertembungan di Stadium Tottenham Hotspur itu sebelum dipaksa bangkit.
Adam Webster mengambil kesempatan daripada siri pertahanan goyah tuan rumah untuk memberikan Brighton gol pendahuluan dalam babak pertama, 13 minit selepas jaringan Kane dibatalkan akibat ofsaid.
Penyerang England itu, bagaimanapun, menyamakan kedudukan sejurus babak kedua bersambung bagi meneruskan rekod kemenangan mereka sehari selepas Krismas sementara Alli menghasilkan gol kemenangan ketika permainan bersisa 18 minit dalam usaha menghidupkan semula aspirasi Tottenham merebut tanggat keempat.
Terlebih dahulu, Kane dikecewakan sebaik melepasi halangan penjaga gol, Mathew Ryan, tetapi jaringan yang diilhamkan oleh gerakan Harry Winks itu mengundang campur tangan video bantuan pengadil (VAR) sebelum dibatalkan.
Aaron Connolly -- yang menyumbat dua gol dalam kemenangan 3-0 Brighton ke atas Spurs, Oktober lalu -- terlepas peluang berharga pada minit ke-49 yang menyaksikan pemain muda itu membuat sepakan liar dari jarak dekat selepas menerima umpanan Bernardo tatkala Spurs terus bergelut untuk mendapatkan momentum.
Bagaimanapun, Kane tidak semena-mena menewaskan Ryan buat kali kedua untuk mengikat kedudukan.
Ia menjadi titik tolak kepada Tottenham untuk memperkemaskan permainan sebelum meraih gol kemenangan menerusi Alli yang menyudahkan hantaran Serge Aurier dalam gerakan yang berpunca daripada pemain gantian, Christian Eriksen.
Astro Arena
Thu Dec 26 2019
Harry Kane (tengah) semasa beraksi ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Brighton & Hove Albion di Stadium Tottenham Hotspur, London, England, 26 Dis, 2019. (Foto AP)
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
EPL: Brighton benam Tottenham 4-2
Perlawanan itu berkesudahan The Seagulls menewaskan Spurs dengan jaringan 4-2.
Welbeck bantu Brighton ikat Palace
Welbeck meledak menuju 10 minit ke penghujung perlawanan dalam yang berlangsung di Selhurst Park itu.
UEL: De Zerbi puji Brighton tampil semangat 'luar biasa' ikat Marseille
Joao Pedro menjaringkan penalti pada minit ke-88 untuk memperoleh keputusan seri yang mengekalkan Brighton dalam saingan Kumpulan B.
Piala EFL: Gol tunggal Nicolas Jackson pastikan kemenangan Chelsea ke atas Brighton
Gerakan serangan balas berkesan yang dilakukan tuan rumah sudah cukup untuk memberikan kegembiraan buat penyokong mereka di Stamford Bridge.
EPL: Manchester United kena bahan lagi
Kekecewaan itu melanjutkan lagi episod kekalahan kempen EPL mereka kepada Arsenal dengan keputusan serupa, dua minggu lalu.
Colwill sambung khidmat enam tahun lagi di Chelsea
Pemain muda itu menyertai Chelsea pada usia lapan tahun, sebelum dihantar secara pinjaman ke Brighton & Hove Albion untuk musim 202223.
Bukan City tapi Brighton paling banyak percubaan sepanjang 2022-23
Brighton & Hove Albion tampil 'juara' daripada segi jumlah percubaan ke pintu gol dengan 613, mengatasi Liverpool yang melakukan 605.
Brighton umum tandatangani Milner secara percuma dari Liverpool
Bekas pemain antarabangsa England itu telah bersetuju dengan kontrak setahun di Stadium Amex, dengan pilihan untuk kekal selama 12 bulan.
Manchester United tewas atas kesilapan sendiri - Erik ten Hag
Kekalahan di Stadium AMEX menjejaskan aspirasi kelompok empat teratas United, meninggalkan mereka hanya empat mata di atas Liverpool.
Penalti Mac Allister bantu Brighton benam Manchester United
Pemenang Piala Dunia Argentina itu cemerlang menyumbat masuk bola ke sudut kiri pada minit ke-99 selepas Luke Shaw dilayangkan kad merah.