KAPTEN England, Harry Kane, mengecam pengadil, Danny Makkelie, setelah gagal mengawal tekanan sehingga menafikan jaringan Danny Welbeck, sekali gus menyebabkan pasukannya tewas 2-1 di tangan Sepanyol dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.
Welbeck menjaringkan gol dalam waktu kecederaan ketika England cuba untuk mengikat kedudukan di Wembley selepas gol daripada Saul Niguez dan Rodrigo dalam babak pertama meletakkan Sepanyol di depan.
Gol pembukaan Marcus Rashford memberikan sinar buat England tetapi mereka bergelut untuk menyaingi Sepanyol sehingga 20 minit terakhir di mana mereka cuba mendapatkan jaringan penyamaan.
Ditanya sama ada gol Welbeck itu patut dikira selepas kekasaran terhadap David De Gea, Kane memberitahu Sky Sports: "100 peratus.
"Dalam detik yang besar sebegitu, anda memerlukan pengadil yang tetap pendirian tetapi dia merosakkannya.
"Anda memerlukan pengadil yang teguh dan tidak melakukan kesilapan ketika berada di bawah tekanan.
"Welbeck berdiri di situ, De Gea melonjak tinggi, menangkap bola dan dia terjatuh di atas Welbeck. Tiada kekasaran."
Walaupun mengalami kekalahan dalam aksi pertama sejak menamatkan saingan Piala Dunia di tempat keempat, Kane tetap memuji usaha yang ditunjukkan rakan sepasukannya.
England kehilangan khidmat Luke Shaw pada awal babak kedua setelah bertembung dengan Dani Carvajal, namun asakan bertali-arus di penghujung perlawanan hampir memberikan gol penyamaan buat The Three Lions tatkala percubaan Rashford dinafikan oleh De Gea dengan kaki.
"Ia satu perlawanan yang baik, ujian yang bagus daripada sebuah pasukan yang mengawal bola dengan kemas," tambah Kane.
"Ia sukar tetapi kami melalui satu perlawanan yang baik dan mungkin mencipta peluang lebih bagus.
"Kami cuba memberi tekanan dan bermain pada tempo yang tinggi. Terdapat beberapa perkara yang boleh kami pelajari tetapi saya rasa kami boleh berbangga."
Astro Arena
Sun Sep 09 2018
David de Gea memeluk bola di atas padang selepas menahan jaringan Harry Kane (kiri) ketika perlawanan Liga Negara-negara UEFA antara England dan Sepanyol di Stadium Wembley, London, 8 Sept, 2018. (AP Photo/Frank Augstein)
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.