PENGENDALI Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, mendedahkan bahawa penyerangnya, Harry Kane, langsung tidak berbincang mengenai situasinya bersama pasukan di masa akan datang walaupun wujud laporan bahawa dia telah berikrar untuk kekal bersama kelab London itu.
Kane telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada penghujung musim ini dan perkhabaran itu menjadi semakin hangat susulan kekalahan 1-2 Spurs di tangan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Khamis lalu.
Keputusan itu menyaksikan mereka kini hanya mempunyai Piala FA sebagai harapan untuk menjulang kejuaraan bagi musim ini, sambil berdepan perebutan untuk meraih slot ke Liga Juara-Juara bagi saingan 2018/19.
Bagaimanapun, Pochettino menyangkal laporan mengenai masa depan penyerang England itu menjelang perlawanan liga bertemu Bournemouth, esok.
“Khabar angin, saya harus menegaskan bahawa ia tidak mengganggu saya. Anda harus membiasakan diri dengan perkara sebegini.
“Apa yang penting adalah memastikannya tidak memberi kesan kepada pasukan dan ia juga tidak boleh mempengaruhi keputusan kami dimasa akan datang. Anda hanya akan pening kepala untuk menjelaskannya kerana ia tidak akan membantu sesiapa sahaja,” ujar Pochettino.
“Kane sangat kecewa selepas perlawanan bertemu Juve. Anda rasa dia ada masa untuk berbincang dengan saya mengenai masa depannya? Ia mustahil kerana pemain-pemain hanya mahu menundukkan The Old Lady dan kini fokus untuk mendapatkan tiga mata pada esok.
“Situasi dalam carta liga memerlukan kami untuk mengambil berat serta meraih banyak mata bagi mendapatkan kedudukan empat terbaik.”
Dalam masa sama, Pochettino juga sedar bahawa wujud persaingan antara Kane dan rakan sepasukan untuk memegang lilitan ketua pasukan England selepas dilaporkan bakal menjadi kapten Three Lions.
“Ia adalah keputusan Gareth Southgate (ketua jurulatih England). Saya tidak boleh mengulas lanjut tetapi Eric Dier juga memiliki kredibiliti untuk menyarung lilitan itu.”
Astro Arena
Sat Mar 10 2018
Harry Kane langsung tidak berbincang mengenai situasinya bersama pasukan pada masa akan datang. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.