Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan sistem penarafan 'bintang' untuk persatuan belia yang berdaftar dengan kementerian itu mulai tahun depan, kata menterinya, Khairy Jamaluddin.


Katanya sistem itu dipantau oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga kementerian yang akan menilai setiap persatuan untuk memberikan bintang berdasarkan keaktifan mereka.

Beliau yang ditemui dalam Sidang Media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pentadbiran Persatuan Belia dan Majlis Ramah Mesra bersama belia di Dewan Besar MBAS.

Setiap Majlis Belia Daerah menerima bantuan RM 30,000 untuk penggal kedua tahun ini manakala Majlis Belia Negeri Kedah dan Perlis masing-masing menerima RM 50,000.

Mengenai kemudahan sukan di Kedah, Khairy agak sedih kerana banyak kemudahan yang dibina tidak diselenggara dengan baik sehingga ada yang rosak.

Beliau berkata kementeriannya akan berusaha mendapatkan peruntukan untuk memulihkan kemudahan-kemudahan tersebut.