Berita  | Sukan

Kelayakan Euro 2020: Tiada langsung perkara positif - Deschamps berang Perancis tewas

Kelayakan Euro 2020: Tiada langsung perkara positif - Deschamps berang Perancis tewas
Juara dunia itu gagal mencipta sebarang percubaan dalam perlawanan yang menyaksikan persembahan buruk Les Bleus sambil jaringan Kaan Ayhan dan Cengiz Under membantu Turki meraih kemenangan. - Foto via stadiumastro.com
DIDIER Deschamps mengakui Perancis beraksi jauh daripada tahap terbaik sewaktu tewas 2-0 di tangan Turki dalam saingan kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.

Juara dunia itu gagal mencipta sebarang percubaan dalam perlawanan yang menyaksikan persembahan buruk Les Bleus sambil jaringan Kaan Ayhan dan Cengiz Under membantu Turki meraih kemenangan.

Turki kini tiga mata mengatasi Perancis dalam carta Kumpulan H dan Deschamps menegaskan pasukannya jelas gagal beraksi dengan baik.
"Apabila anda menampilkan prestasi sebegitu, tiaad langsung perkara positif boleh diambil," ujar Deschamps.

"Walaupun jika anda merupakan juara dunia, namun situasi itu membuatkan kami tidak boleh mengharapkan apa-apa.

"Kami boleh kenal pasti tetapi dihukum awal pagi tadi.

"Terdapat satu perlawanan menanti kami tiga hari lagi. Kami cuma mampu ucap tahniah buat Turki dan kembali ke rutin asal."

Melihat jumlah 11 pemain yang membarisi kesebelasan utama Perancis di final Piala Dunia 2018, sembilan pemain daripadanya beraksi menentang Turki.

Les Bleus berpeluang untuk bangkit apabila bertandang ke Andorra Selasa nanti tatkala tuan rumah hanya mencipta satu kemenangan dalam saingan sebelum 2008.

Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro


Tag: Turki, Piala Dunia, final, Didier Deschamps, Jurulatih Perancis, bola sepak, kelayan Euro 2020


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.