"Kenapa KAFA buat saya macam ini?", demikian luahan dibuat bekas pertahanan Kelantan Amiridzwan Taj berkenaan dengan masalah tunggakan gaji oleh bekas majikannya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Amiridzwan melihat KAFA bertindak tidak adil apabila tidak menjelaskan tunggakan bayaran gajinya.

"Bagi saya KAFA tidak kerana pemain lain telah mendapat bayaran kecuali kami berlima yang keluar.

Saya terkejut apabila pemain yang baru sertai Kelantan pun telah mendapat bayaran, kenapa KAFA membuat saya macam ini?," jelas pemain berusia 29 tahun itu dengan nada kecewa.

Turut meluahkan kekecewaan sama penjaga gol Syed Adney terhadap bekas majikannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Sebagai pemain kita mempunyai komitmen seperti membayar rumah, kereta dan belanja seharian.

Jadi bila tidak dibayar selama 6-7 bulan perkara itu menyusahkan kami," katanya.

"Bila kita tidak dibayar gaji sudah pasti situasi itu menggangu minda pemain, apabila datang berlatih masalah gaji akan menjadi topik jadi bagaimana pemain hendak bermain bola?", jelas bekas pertahanan ATM K. Reuben.