Barisan kepemimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang dipilih pada Kongres Luar Biasa (EGM) persatuan itu Sabtu lepas perlu menitikberatkan soal pembayaran gaji pemain dan barisan kejurulatihan Kelantan.
Presiden The Red Warriors Club KLIA (TRWC KLIA), Rozaki Ab Kadir berkata perkara itu perlu dipandang serius oleh kepemimpinan Kafa yang diterajui Presiden, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi membela nasib pemain dan barisan kejurulatihan yang telah memberikan komitmen kepada pasukan.
"Perkara itu penting bagi meningkatkan prestasi pemain pada setiap perlawanan untuk memperoleh mata bagi memastikan pasukan Kelantan terus bersaing pada Liga Premier musim hadapan.
"Selesaikan kemelut tunggakan gaji pemain dan hutang lain secara berperingkat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sabtu lepas, Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah dilaporkan meminta pengurusan baharu Kafa mengambil perhatian terhadap kebajikan pemain dan barisan kejurulatihan terutama membabitkan tunggakan gaji selepas tiga bulan tidak mendapat bayaran.
Dalam pada itu, Rozaki berkata barisan kepemimpinan baharu yang dilantik Sabtu lepas diharap dapat memberi sinar baharu kepada Kelantan dan tidak hanya mengisi jawatan semata-mata.
"Kelab penyokong dan peminat berharap agar mereka yang telah dipilih mengisi kekosongan jawatan dapat memulihkan kembali prestasi The Red Warriors dan dapat bekerja bersama terutama dalam membawa masuk penajaan bagi mengimbangi perbelanjaan pasukan.
"Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana yang berlaku sebelum ini dengan pelbagai masalah, justeru Presiden Kafa harus bijak menangani karenah penyokong yang pelbagai lapisan," katanya.
Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain berkata pihaknya memuji kesanggupan Wan Abdul Rahim yang 'berani' mengambil tanggungjawab untuk mengetuai Kafa di sebalik pelbagai kemelut yang melanda persatuan itu ketika ini.
"Kami berharap dan percaya Wan Abdul Rahim dengan perancangannya dapat mengembalikan imej pasukan Kelantan dalam kancah Liga Malaysia dan semua pihak seharusnya memberikan peluang kepada beliau untuk menerajui Kafa.
"Namun kita mengharapkan barisan exco dapat bersama-sama memainkan peranan untuk mencari dana dan tidak meninggal presiden seorang diri yang bertungkus-lumus memenuhkan kantung Kafa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019
Perkara itu penting bagi meningkatkan prestasi pemain pada setiap perlawanan untuk memperoleh mata bagi memastikan pasukan Kelantan terus bersaing pada Liga Premier musim hadapan. - Gambar fail
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Gema hari ketiga isu kelestarian dan kemampanan alam
Wartawan Astro AWANI membawakan lintas langsung Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) hari ketiga di mana ia terus menumpukan kepada soal isu kelestarian dan kemampanan alam demi generasi akan datang.
Mendiang Joseph Kurup sering ingatkan pemimpin tidak sombong
Seorang individu yang diberi mandat sebagai pemimpin seharusnya bersedia memikul amanah dengan baik serta tidak sombong dengan jawatan dipegang.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.