Keseimbangan pemain muda dan senior dalam pasukan Felda United pada musim ini diyakini mampu menguatkan pasukan itu menghadapi saingan Liga Super, Liga Malaysia dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2017.
Ketua Jurulatih Felda United, Azmi Mohamed berkata dua bekas pemain kebangsaan iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Norshahrul Idlan Talaha antara pemain baharu yang menyertai pasukan itu bagi musim ini.
Sehubungan itu, Azmi berkata perkara utama bagi dirinya pada masa ini adalah dengan memastikan kesemua pemain skuad 'The Fighters' betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal.
"Kalau kita tengok, nampak kesimbangan dalam skuad tahun ini antara pemain muda dengan pemain senior. Kita hendak melihat kepada kesimbangan ini disebabkan kita akan menghadapi (Piala) AFC dan jadual juga padat. Saya kena siapkan pasukan ini betul-betul bersedia daripada segi fizikal dan mental," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan pemain pasukan Liga Super Kelab Bola Sepak Felda United untuk musim ini di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dekat sini malam ini.
Majlis itu disempurnakan Penaung Felda United Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang turut dihadiri presiden kelab bola sepak itu Datuk Hanapi Shuhada dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang Datuk Abu Bakar Harun.
Azmi berkata setakat ini persiapan pemain tempatan sudah lengkap dan kini hanya tinggal untuk membawa masuk pemain import yang dijangka dapat diisi minggu depan berikutan pada masa ini seorang sahaja pemain import lama kekal dalam pasukan itu, Zah Rahan Krangar dari Liberia.
Beliau berkata tiga pemain import baharu yang akan membarisi pasukan itu terdiri daripada dua pemain dari Argentina dan satu lagi sama ada dari Uzbekistan atau Iraq.
"Apabila kita mempersiapkan pemain tempatan dengan sistem yang kita terapkan dalam permainan bersesuaian dengan pemain import, ini akan memudahkan lagi kehadiran pemain import baharu ini dan tidak mendatangkan banyak masalah.
Insya-Allah, pemain pun faham tanggungjawab mereka dan mereka tahu sangat penting perlawanan pertama pada 21 Januari ini menentang pasukan PKNS kerana tiga mata berharga perlu mereka cari, jadi saya yakin pemain akan beri komitmen paling tinggi untuk memenangi permainan pertama 21 Januari ini," katanya.
SUKAN-FELDA UNITED (SEIMBANG) 3 (AKHIR) MARAN
Azmi juga mengulangi sasaran penaung Felda United sebelum ini bahawa skuad 'The Fighters' menyasarkan untuk menjulang satu piala pada musim ini selepas gagal memenuhi sasaran berkenaan tahun lepas.
"Piala AFC pula kita cuba sebaik mungkin untuk kita ke pusingan kedua sebab ini adalah pengalaman pertama pemain dan juga ada ramai pemain muda kita dedahkan, dan ini satu pengalaman baik untuk mereka," katanya.
Pasukan Felda United pada musim ini membariskan 13 pemain baharu termasuk Wan Zack Haikal dan Norshahrul Idlan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017
Dua bekas pemain kebangsaan iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Norshahrul Idlan Talaha antara pemain baharu yang menyertai pasukan itu bagi musim ini.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
JDT kekal rekod tanpa kalah, Selangor pamer kebangkitan
JDT menamatkan cabaran saingan musim ini dengan rekod tanpa kalah selepas merakam kemenangan kesembilan apabila membelasah Melaka 5-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Jangan menyerah kalah dengan JDT - Kurniawan
Melihat pada keputusan dua perlawanan terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, senario itu pasti akan meresahkan mana-mana pasukan.
Liga Super: PJ City ikat JDT 2-2, PDRM tersingkir
Skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan.
12 pasukan Liga M lengkap proses penswastaan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengesahkan sebanyak 12 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab.
TEMCO Kedah: Persiapan Lang Merah tidak terjejas, sedia hadapi Sabah
Pasukan Lang Merah itu memerlukan sekurang-kurangnya tiga mata dalam perlawanan akan datang untuk berada selesa dalam saingan liga.
COVID-19: FAM akui status kewangan terkesan
Wabak COVID-19 menyebabkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kerjasama dengan penaja kekal terjalin.
JDT hentikan sementara penjualan tiket perlawanan Liga Super
JDT memutuskan untuk menghentikan sementera penjualan tiket perlawanan akan datang membabitkan aksi skuad Harimau Selatan menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim.
Isu denda: Felda United kemuka rayuan
Felda United mengambil langkah proaktif dalam menangani isu pemotongan geran selepas menjadi pasukan pertama mengemukakan rayuan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini.
JDT kembali kuasai carta Liga Super
Kemenangan kelima dari enam perlawanan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 16 mata, dengan pencabar terdekat Pahang ketinggalan dua mata di tangga ked