Khabib Nurmagomedov berkata UFC dan Suruhanjaya Atletik Nevada (NAC) boleh menyimpan wang kemenangannya jika rakan sepasukan Zubaira Tukhugov diharamkan daripada sukan MMA.
Petarung Dagestan itu juga mengancam meninggalkan UFC jika syarikat kendalian Dana White itu tidak mengubah keputusan tersebut.
White sebelum ini berikrar untuk mengharamkan Zubaira dan seorang lagi rakan pelatih Khabib, Islam Makhachev daripada sukan MMA kerana menyerang Conor McGregor semasa insiden pergaduhan di T-Mobile Arena, Ahad lalu.
Susulan pergaduhan itu, NAC turut menahan hadiah wang kemenangan Khabib berjumlah AS$1.5 (RM6.24 juta) sementara siasatan dijalankan.
"Kenapa UFC tidak menghukum individu (McGregor) yang menyerang bas (insiden di Brooklyn April lalu) dan hampir membunuh beberapa orang?
"Kenapa berdiam diri apabila negara, agama dan keluarga saya dihina?
"Kenapa rakan sepasukan saya sahaja yang dihukum sedangkan kedua-dua kem bergaduh?
"Tak perlu hukum Zubaira, tetapi hukumlah saya. Jika UFC pecat Zubaira, UFC juga kehilangan saya.
"Bangsa Rusia tidak akan meninggalkan saudara mereka dan akan berjuang sehingga ke penghujung," kata Khabib di Instagram.
Tambah Khabib: "Kamu boleh simpan duit saya. Nampaknya kamu terlalu sibuk dengan perkara itu. Bagi saya, maruah lebih penting."
Zubaira dijadualkan beraksi menentang Artem Lobov di UFC Fight Night 138 di Kanada pada 27 Oktober ini.
Namun UFC telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertarungan itu dibatalkan dan Lobov akan diberi lawan baharu.
Lobov adalah rakan sepasukan McGregor yang menjadi punca disebalik 'drama' perang menjelang UFC 229 di Las Vegas, Ahad lalu. -Agensi
Sinar Harian
Fri Oct 12 2018
Khabib dan Zubaira (kiri) dan Islam (kanan) telah bersama hampir 10 tahun. -Foto Sinar Harian
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Khabib ugut keluar UFC jika Zubaira tidak dibenar bertanding
Khabib mengancam meninggalkan UFC jika syarikat kendalian Dana White itu tidak mengubah keputusan tersebut.