Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi menamatkan perlumbaan di Grand Prix Motosikal Malaysia di kedudukan kelapan selepas bermula pada petak ke-20 hari ini.
Walaupun bermula dari petak belakang, Khairul Idham tidak kenal erti putus asa yang terus mengasak pelumba lain pusingan demi pusingan untuk memperbaiki kedudukannya.
"Saya berasa sangat gembira pada hari ini, keyakinan saya kepada jentera saya sanga tinggi dan itu yang membuatkan saya berani untuk mencabar pelumba di hadapan.
"Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian saya pada musim pertama saya di saingan Moto3 ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Perlumbaan yang dibayangi dengan sekurang-kurangnya enam kali kemalangan itu turut membabitkan pelumba negara iaitu Adam Norrodin dari pasukan M7 SIC Racing Team yang terkeluar sejak dari pusingan pertama.
"Saya berasa sangat kecewa kerana tidak dapat melakukan yang terbaik di laman sendiri. Maaf pada yang hadir hari ini dan ia agak mengecewakan," kata pelumba berusia 18 tahun itu yang kini hanya berbaki satu perlumbaan saja lagi iaitu di Litar Valencia, 13 November ini.
Adam terjatuh di pusingan pertama selekoh keenam bersama beberapa pelumba dan biarpun beliau cuba untuk meneruskan perlumbaan, nasib jelas tidak memihak padanya apabila sekali lagi terjatuh di selekoh ketujuh.
Seorang lagi pelumba 'wildcard' negara Hafiq Azmi dari pasukan Peugeot MC Saxoprint menamatkan kedudukan di tempat ke-11. -- Bernama
Bernama
Sun Oct 30 2016
Aksi pelumba negara dari pasukan Honda Team Asia Khairul Idham Pawi (kiri) pada saingan Moto3 Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. -- fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar
Kehadiran musim ini mengatasi jumlah 163,567 penonton tahun lepas.
Marquez juarai Moto2, Binder menang perlumbaan di Sepang
Pelumba Sepanyol Alex Marquez dari EG 0,0 Marc VDS menang Kejuaraan Dunia Moto2 ketika pelumba Afrika Selatan Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo memenangi perlumbaan Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia
Khairul Idham tamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan saingan Moto3
Walaupun bermula dari petak belakang, Khairul Idham tidak kenal erti putus asa yang terus mengasak pelumba lain pusingan demi pusingan untuk memperbaiki kedudukannya.
Dovizioso rangkul kejuaraan MotoGP Grand Prix Motosikal M'sia
Berada di tempat kedua dan ketiga adalah dua penunggang Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
Zarco kekalkan kejuaraan dunia Moto2 di litar Sepang
Pelumba dari Perancis itu mencatat masa 45 minit 51.036 saat, mengatasi pencabarnya, Franco Morbidelli (Estrella Galicia 0,0 Marc) dan Jonas Folger (Dynavolt Intact GP).
GP Motosikal Malaysia: Bagnaia juara Moto3 di Litar Sepang
Francesco Bagnaia daripada pasukan Pull & Bear Aspar Mahindra muncul juara kelas Moto3 di Grand Prix Motosikal Malaysia.
Ramdan, Hafizh sekadar raih petak ke-12, 14
Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia dan Ramdan (Petronas AHM Malaysia), yang beraksi atas tiket wild card akan memulakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang esok.
Salah pilih tayar jejas Khairul Idham, Adam Noroddin
Adam yang mewakili pasukan Drive M7 SIC Racing mencatat masa dua minit 28.965 saat di Litar Antarabangsa Sepang manakala Khairul Idham (Honda Team Asia) mencatat 2:28.989s.
Dovizioso raih petak pertama MotoGP kali kedua musim ini
Dovizioso, 30, mencatat dua minit 11.485 saat dalam keadaan lembap di Litar Antarabangsa Sepang, di hadapan dua penunggang Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
GP Motosikal Malaysia: Andrea Dovizioso rampas petak pertama MotoGP
Penunggang Itali, Andrea Dovizioso akan memulakan perlumbaan kelas MotoGP dari petak pertama esok.