Berita  | Sukan

Kohler Co. rakan utama Manchester United

Kohler Co. rakan utama Manchester United
CEO Kohler David Kohler (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan MU Richard Arnold di Old Trafford, 12 Julai, 2018. (Foto AP)
MANCHESTER: Manchester United dan Kohler, sebuah jenama gaya hidup global yang beribu pejabat di Kohler, Wisconsin, Amerika Syarikat, telah bersetuju kepada satu perkongsian global yang melibatkan berbilang tahun.

Logo jenama KOHLER akan dipaparkan pada lengan baju kelab yang paling ikonik dan paling laris bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita.

Perkongsian itu juga termasuk penyertaan bersama dalam aktiviti pada hari perlawanan, penambahbaikan yang berinovatif kepada kemudahan kelab, kemapanan global dan projek-projek tanggungjawab sosial dan kerjasama rakan yang lain dengan peminat Manchester United dan pelanggan dan rakan sekutu Kohler.

Kohler Co. adalah sebuah pemimpin di dalam reka bentuk dan inovasi bagi produk dapur dan mandian dan satu daripada pengeluar sistem kuasa yang terbesar di dunia.
Diasaskan pada tahun 1873, kedua-dua organisasi itu telah wujud untuk tempoh lebih dari 140 tahun, berkongsi sebuah sejarah panjang yang kaya dengan tradisi, kecemerlangan dan inovasi, serta satu visi yang sama untuk memberi impak yang positif kepada dunia.

Manchester United dan Kohler akan menyambut perkongsian itu dengan peminat United di seluruh pelusuk dunia pada 19 Julai apabila baju baharu untuk perlawanan di tempat sendiri bagi musim 2018/19, yang akan diperkenalkan pada minggu depan, dipakai buat pertama kalinya oleh pasukan lelaki dalam perlawanan pembukaan bagi Jelajah 2018 mereka menentang Kelab Amerika di Phoenix, Arizona.

Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold mengulas:

"Adalah amat menyeronokkan untuk mengalu-alukan Kohler ke dalam keluarga Manchester United sebagai sebuah rakan utama dan penaja pertama bagi lengan baju kami untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita. Baju kami itu adalah lebih daripada sekadar sesuatu untuk kami pakai, ia merangkumi keghairahan peminat kami dan kesetiaan mereka kepada kelab itu."

"Kohler dikenali di seluruh dunia bukan sahaja kerana reka bentuk yang serba canggih dan produk mereka yang mewah tetapi juga satu komitmen yang tulen terhadap pengawasan dan kelestarian dan merupakan satu penambahan yang menarik kepada keluarga rakan komersial kami."

David Kohler, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kohler Co. mengulas:

"Perkongsian kami dengan Manchester United memberikan peluang baharu untuk mempamerkan kualiti produk dan perkhidmatan Kohler dengan peminat yang penuh bersemangat bagi pasukan sukan yang paling luas jangkauannya dan paling dihormati di planet ini. Kami sangat teruja untuk membantu membina jenama global kami di kalangan orang yang mengaitkan diri mereka dan gaya hidup mereka, dengan inovasi yang termaju dan satu keinginan untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik."

"Satu komponen penting di dalam perhubungan ini adalah sokongan kami terhadap pasukan profesional wanita baharu itu, dan kami tidak sabar-sabar untuk menyaksikan penyertaan mereka buat kali pertama dan sokongan kami yang berterusan. Manchester United merangkumi kecemerlangan yang mapan di dalam kesemua yang mereka lakukan dan nilai kami yang dikongsi bersama adalah satu gandingan yang sempurna ketika kami memperluaskan kehadiran kami yang pesat berkembang di peringkat antarabangsa ke dalam rantau-rantau baharu dengan tujuan dan kehadiran yang penuh bermakna."