Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, menjadi kenyataan.
Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mesyuarat mengenainya diadakan di bangunan Kementerian itu Khamis lepas, melibatkan kehadiran Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
"Dalam mesyuarat itu bukan hanya saya seorang. Pegawai saya dan pegawai Manchester City juga ada, mereka dengar (berkaitan pembelian kelab) dan sebelum sidang media juga saya telah maklumkan untuk bercakap mengenai dua perkara berkenaan. Ia dipersetujui.
"Sesetengah orang langsung tidak boleh menerimanya (berita ini) tapi tak apalah, ia bermakna kita perlu bekerja keras untuk melaksanakannya, bukan itu sahaja, tapi juga dari segi kolaborasi masa hadapan dengan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (MDA).
"Apa yang saya mahu ialah semua orang, tidak kira siapa, untuk datang dan bersama kita bina bola sepak negara," katanya.
BACA: Manchester City hendak beli atau tidak?
Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa disebabkan perancangan dalam tempoh yang terlalu singkat, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dapat menghadiri mesyuarat dengan CEO Manchester City Ferran Soriano itu.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tengku Zafrul dari CIMB kerana menghadiri mesyuarat itu. Kami akan memaklumkan FAM mengenainya," tambahnya.
Berhubung perbincangannya dengan pemilik Manchester City Khamis lepas, Syed Saddiq berkata pemilik kelab itu sedang menimbang kemungkinan membeli salah satu daripada kelab bola sepak di Malaysia.
BACA: Pemilik Manchester City minat beli kelab di Malaysia
Menurutnya ia adalah satu daripada dua pelan awal yang dibincangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan delegasi Manchester City yang diketuai oleh CEO Ferran Soriano dalam pertemuan di Menara KBS minggu lepas.
Dari perspektif kementerian, Syed Saddiq berkata beliau berharap kolaborasi itu juga akan memberikan impak positif kepada pembangunan belia menerusi NFDP dan juga Akademi Mokhtar Dahari di Gambang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2019
Ferran Soriano dan Syed Saddiq pada pertemuan mereka di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, 23 Mei lalu. Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Kolaborasi dengan Manchester City pasti jadi kenyataan - Syed Saddiq
Mesyuarat diadakan di bangunan Kementerian itu pada Khamis, melibatkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.