TINDAKAN Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menambah kuota pemain import kepada lima pemain untuk saingan Liga Super musim depan, mendapat reaksi berbeza daripada pemerhati bola sepak tempatan.
Lembaga Pengarah FMLLP meluluskan kuota lima pemain asing dalam saingan Liga Super 2018 sementara dalam saingan Liga Perdana, kuota pemain asing kekal tiga pemain dari seluruh dunia dan seorang pemain Asia, menjadikan keseluruhan empat pemain asing sahaja setiap pasukan.
Bagi Timbalan Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Reezal Zambry Yahya, ia adalah satu keputusan yang adil buat semua pihak.
Sebagai bekas pemain dalam saingan Liga Super, Reezal percaya intensiti perlawanan akan turut berbeza dengan penambahan awang import.
"Kemasukan lima pemain import, saya percaya, perjalanan saingan liga lebih meriah dan pasukan-pasukan yang bersaing dalam Liga Super giat mendapatkan pemain-pemain yang terbaik," katanya.
Pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, pula berpendapat penyelarasan adalah perlu dalam pengambilan pemain import buat semua pertandingan.
"Pada pendapat saya, ia harus diseragamkan kepada semua pasukan untuk beraksi dalam semua pertandingan. Tetapi ia hanya akan memberikan kelebihan kepada pasukan yang memiliki perbelanjaan yang besar," katanya.
Astro Arena
Wed Nov 22 2017
Lembaga Pengarah FMLLP meluluskan kuota lima pemain asing dalam saingan Liga Super 2018. - Gambar fail
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Zainal tuntut penyerang tempatan lebih tajam, keluar dari bayang awang import
Legenda bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, mencabar barisan penyerang tempatan supaya menyaingi kehebatan awang import, pada musim baharu Liga Super 2023.
Maniam nafi Faris bakal sertai Selangor
Menurut Maniam, setakat ini pihak pengurusan Selangor hanya meluluskan pengambilan empat awang import untuk musim 2018.
Kuota baru pemain import cetus reaksi berbeza
Sementara dalam saingan Liga Perdana, kuota pemain asing kekal tiga pemain dari seluruh dunia dan seorang pemain Asia, menjadikan keseluruhan empat pemain asing sahaja setiap pasukan.