Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau semua pemain, pengadil dan pegawai pasukan yang terlibat dalam Liga Malaysia adalah tindakan proaktif untuk membanteras gejala rasuah.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata langkah Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan senarai nama mereka yang dalam perhatian untuk dipantau SPRM adalah tepat.
"Kita nampak langkah proaktif FAM yang tidak menunggu siasatan tetapi mengambil inisiatif menghantar senarai mereka yang ada dalam perhatian, ini membantu SPRM memantau dan menyiasat lebih awal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Separuh Maraton Antarabangsa Kelantan (KIHM) di sini hari ini.
Khairy mengulas laporan akhbar hari ini mengenai langkah Tunku Ismail meminta SPRM memantau pemain, pengadil dan pegawai pasukan yang terlibat dalam Liga Malaysia ketika isu mengatur perlawanan kembali mencemar imej bola sepak negara.
Tunku Ismail juga telah menyerahkan senarai nama dan butir peribadi pemain, pengadil dan pegawai pasukan kepada SPRM.
Dalam usaha memastikan gejala rasuah tidak merebak dalam persatuan sukan, Khairy berkata pihaknya telah menghantar isyarat jelas dan tegas kepada semua persatuan sukan bahawa tidak ada sesiapa yang akan dilindungi daripada siasatan jika ada kaitan dengan rasuah.
"Baru-baru ini kita adakan program dengan SPRM melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan telah dilakukan ikrar bebas rasuah," katanya.
Sementara itu, Khairy berkata KIHM yang julung kali diadakan di Kelantan akan dijadikan acara tahunan selaras dengan usaha kementeriannya menggalakkan gaya hidup sihat, kecergasan dan semangat kesukanan kepada rakyat negeri ini.
KIHM yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM80,000 menarik penyertaan kira-kira 8,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Pelepasan peserta dilakukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar) berkata langkah Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan senarai nama mereka yang dalam perhatian untuk dipantau SPRM adalah tepat. - Gambar fail
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
'Saya maafkan orang fitnah saya'
Noor Azman tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.