KUALA LUMPUR: Barisan 'ubi muda' perseorangan lelaki negara akan diberikan peluang pendedahan secara berterusan supaya jurang prestasi yang ketara antara mereka dan juara All England 2021 Lee Zii Jia dapat dikurangkan.
Jaminan itu diberikan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas melihat terdapat perkembangan positif ditunjukkan mereka yang diberi kepercayaan beraksi pada kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark baru-baru ini.
Beliau berkata Ng Tze Yong yang berusia 21 tahun dan Leong Jun Hao, 22, antara nama yang menonjol susulan persembahan ditampilkan mereka pada kejohanan berprestij itu yang menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat suku akhir selepas tewas 0-3 kepada musuh tradisi Indonesia.
"Ada mengatakan kita mungkin tidak memberi pendedahan kepada Tze Yong dan Jun Hao. Saya nak bagi tahu Tze Yong dan Jun Hao telah membanggakan kita, mereka menunjukkan kemampuan mereka dan memang ya kita akan memberikan mereka peluang yang lebih.
"...mungkin kelemahan kita adalah balik-balik bercakap tentang Zii Jia, Aaron (Aaron Chia) dan Soh (Soh Wooi Yik). Kita harus merapatkan jurang antara pemain perseorangan lain iaitu Tze Yong, Jun Hao dan Aidil Sholeh (Aidil Sholeh Ali Sadikin) untuk kejar (rapatkan jurang prestasi dengan) Zii Jia," katanya.
Beliau yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pejabat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara dalam talian di Wisma OCM semalam, berkata peluang pendedahan yang sama turut akan diberikan kepada semua pasangan beregu lelaki negara.
Mohamad Norza berkata, skuad kebangsaan tidak boleh hanya bergantung kepada gandingan utama yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron-Wooi Yik pada setiap masa.
"Jadi ini tanggungjawab barisan kejurulatihan dan tanggungjawab Choong Hann (Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann), janganlah hanya bergantung kepada pemain yang sama sahaja, kita perlu membentuk pemain baharu, dengan itu saja satu hari kita boleh raih Piala Thomas dan kejayaan lain," katanya.
Sementara itu, Mohamad Norza menegaskan bahawa BAM akan memberikan layanan sama rata kepada semua pemain dalam skuad kebangsaan termasuk pasukan wanita.
Beliau berkata tiada layanan istimewa kepada pemain-pemain tertentu dengan mereka yang tidak berjaya mempamerkan konsistensi bakal kehilangan segala kelebihan dan pengiktirafan daripada badan induk itu.
"Bagi kita semua sama, kalau setakat anda menang hari ini esok tak menang, lusa anda menang selepas itu tak menang, anda bukan pemain bertaraf dunia lagi, jadi tingkatkanlah usaha, itu sahaja caranya," jelasnya sambil menyifatkan BAM juga harus memastikan setiap pelaburan yang dibuat memberikan pulangan positif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021
NORZA: BAM akan memberikan layanan sama rata kepada semua pemain dalam skuad kebangsaan termasuk pasukan wanita. - Bernama
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir
Kemenangan itu hanya tiga hari selepas menjuarai Piala Carabao ke atas Chelsea.
Terbuka Malaysia: Singkir awal kali ketiga hantui Zii Jia
Zii Jia 'tersungkur awal' selepas tewas 21-16, 19-21, 15-21 kepada pemain China, Lu Guang Zu, pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di Arena Axiata, di sini hari ini.
Pan Gon gembira dapat skuad idaman
Skuad Harimau Malaya kali ini lebih seimbang dengan gandingan pemain muda, senior dan beberapa pemain berpengalaman.
Tawaran riyal Arab Saudi tidak sisih pemain muda
Berapa ramai lagikah pemain berstatus bintang dari Eropah yang bakal dikebas oleh Liga Profesional Arab Saudi selepas ini?
Ainaa, Aira rebut gelaran sulung kebangsaan
Selepas ketinggalan dua set, Aina, 21, mencipta kejutan apabila bangkit untuk menyingkirkan pilihan pertama Rachel Arnold.
Jess bangga skuad skuasy muda raih perak di India
Skuad negara yang dibarisi pemain muda, sedikit pun tidak menunjukkan kegoyahan menentang pasukan pilihan pertama Mesir, pada aksi final.
Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.
Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC
Walaupun tanpa kesebelasan utama dan pemain import, pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Pemain muda lebih sesuai jayakan taktikal agresif, berani
Pemain muda turut mempunyai kelajuan, sekali gus menjadi pakej terbaik dan lebih memudahkan perancangan taktikal Pan Gon.
Cheng Hoe nafi ketepi pemain muda berpotensi
Cheng Hoe menyifatkan tanggapan itu tidak berasas dan ia dibuktikan dengan penyenaraian beberapa pemain muda dalam senarai 28 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula Isnin depan.