Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsudin menamatkan kemarau pingat Malaysia selama lapan tahun di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF), selepas meraih pingat perak, Khamis malam.
Beliau menduduki tempat kedua selepas melakukan lemparan sejauh 60.96 meter pada kejohanan edisi ke-22 itu di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, menurut laman web rasmi kejohanan, www.odisha2017.games.
Atlet Iran, Ehsan Haddadi meraih pingat emas selepas melakukan lemparan sejauh 64.54m, manakala gangsa menjadi milik wakil tuan rumah, Vikas Gowda dengan catatan 60.81m.
Mengulas mengenai kejayaan itu, ketua jurulatih olahraga kebangsaan Zainal Abas berkata kejayaan Muhammad Irfan mengekalkan lemparan di paras 60m merupakan satu pencapaian yang sangat menggalakkan untuk kem negara menjelang Sukan SEA, Ogos ini.
"Keputusan hari ini (Khamis) membuktikan beliau mampu bersaing dan memberi tentangan terhadap atlet terbaik di Asia. Kami sentiasa maklum Ehsan Haddadi adalah peserta pilihan. Malah, pada Februari lepas, kita berusaha agar Irfan pergi ke Iran dan berlatih bersama atlet negara berkenaan.
"Malangnya, Persatuan Olahraga Iran tidak memberi maklum balas walaupun jurulatih mereka sudah bersetuju untuk membantu Irfan. Apa pun tahniah kepada Irfan dan jurulatihnya Franc Petrovic," kata beliau.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat pada kejohanan itu adalah pada edisi 2009 menerusi Noraseela Mohd Khalid yang meraih perak dalam acara 400m lari berhalangan.
Sementara itu, dalam acara 100m wanita, kedua-dua wakil negara menempah tiket ke separuh akhir yang akan berlangsung hari ini (Jumaat).
Pada pusingan kelayakan semalam, ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli mencatat 11.79s pada saringan kedua, manakala Siti Fatimah Mohamed layak selepas melintasi garisan penamat dengan masa 11.88s dalam saringan keempat.
Bernama
Thu Jul 06 2017
Irfan menduduki tempat kedua selepas melakukan lemparan sejauh 60.96 meter. - Gambar fail
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Tiga terbunuh kejadian tembakan di Maryland
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam satu tembakan di Harford County, Maryland, Amerika Syarikat.
Tiada mana-mana pihak jadi sasaran lanun - Penerbit filem PASKAL
Pihak berkuasa sentiasa memastikan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang sesuai dan selamat.
Lempar cakera: Irfan tamatkan lapan tahun kemarau pingat di ATF
Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsudin, menduduki tempat kedua selepas melakukan lemparan sejauh 60.96 meter pada kejohanan edisi ke-22 itu di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.
Najib: Masa depan pelancongan di ASEAN cerah
Potensi bagi pelancongan di negara-negara ASEAN untuk berkembang dilihat lebih cerah lagi, jelas Najib Tun Razak di ATF.
10 hotel di Malaysia dicalonkan Anugerah Hotel Hijau Asean 2014
Malaysia mencalonkan 10 hotel di seluruh negara untuk menerima Anugerah Hotel Hijau Asean sempena ATF 2014.
Forum pelancongan Asean tumpu agenda serantau
Forum Pelancongan Asean akan menjadi platform bagi melaksanakan inisiatif tenaga inovatif untuk memastikan pemuliharaan alam semula jadi.
Malaysia tuan rumah Forum Pelancongan Asean 2014
Beliau menerima plak ATF daripada Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos Chaleune Warinthrasak di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Laos