PENGASAS Vida Beauty Datuk Seri Hasmiza Othman akan memperkenalkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri bagi mencungkil bakat muda bola sepak.

Ketika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menandatangi perjanjian bersama Datuk Seri Vida, terdapat pertambahan 33 syarat dan antaranya mewujudkan kejohanan berkenaan.

Difahamkan RM 1juta akan dibelanjakan bagi merealisasikan tujuan itu.

BACA: Datuk Seri Vida sah taja KAFA

BACA: 'Tayang' kemewahan, Datuk Seri Vida nafi mahu riak

BACA: Hati Datuk Seri Vida terguris apabila disumpah dalam dialek Kelantan

Sementara itu, Datuk Seri Vida turut akan menawarkan hadiah lumayan yang hampir pasti menarik minat penjawat awam dan NGO.

"Bagi peringkat negeri, saya akan menyediakan satu piala pusingan bersama hadiah wang tunai yang sangat lumayan untuk juara," katanya yang dipetik dari BH Online.