KELAB penyokong rasmi Liverpool FC, All Reds Malaysia berjaya merampas kedudukan tempat ketiga daripada Arsenal Malaysia selepas tamat minggu keenam Liga Perdana Inggeris (PL).

All Reds kini mengumpul 984 mata mengatasi Arsenal yang mengutip 973 daripada tiga wakil mereka yang bersaing dalam Liga Fantasi Bual Bola AWANI.

Malaysian Chelsea Soljabiru kekal di tangga teratas dengan 1,108 mata, peningkatan 174 mata berbanding minggu lepas, manakala Manchester City Malaysia (MCM) kekal di tangga kedua dengan 1,100 mata.

My Man Utd yang menduduki tangga tercorot hanya dipisahkan dengan satu mata di belakang Malaysia Spurs yang mengumpul 927 mata di tempat kelima.

The Blues Blasters terus unggul di tangga teratas carta individu dengan penambahan 62 mata pada minggu keenam kepada 402 mata.

MCM Cyberjaya naik ke tangga kedua dengan 400 mata diikuti Halifax Town, ketiga dengan 377 mata.

Berikut kedudukan Liga Fantasi Bual Bola AWANI selepas tamat minggu keenam:

1. Malaysian Chelsea Soljabiru

Halifax Town 377
Blues FC 329
The Blues Blasters 402
Jumlah: 1,108

2. Manchester CIty Malaysia

MCM Cyberjaya 400
MCM Langkawi 374
MCM Tuaran 326
Jumlah: 1,100

3. All Reds Malaysia

ARM Mek Mung Mek Aku FC 302
ARM Kaki Langgar FC 347
ARM Pasemboq FC 335
Jumlah: 984


4. Arsenal Malaysia

Play For Fun 354
Ah Zan FC 304
Arsenal Malaysia 315
Jumlah: 973

5. Malaysia Spurs

Hemo Hemo 369
TH Master 279
Cap Ayam 279
Jumlah: 927

6. My Man Utd


Return of The King 312
Siti Kasim 291
Sidchan Power Natang 323
Jumlah: 926