KELAB penyokong Chelsea Malaysia, Malaysian Chelsea Soljabiru merampas kedudukan teratas daripada Manchester City Malaysia (MCM) dalam saingan bola sepak fantasi, Liga Bual Bola AWANI, berdasarkan pungutan mata di permainan liga fantasi laman web PremierLeague.com.

Soljabiru yang ketinggalan 24 mata dibelakang MCM minggu lepas, berjaya mengutip 165 mata berdasarkan perlawanan minggu keempat Liga Perdana Inggeris (PL) menerusi Halifax Town, Blues FC dan The Blues Blasters.

MCM pula jatuh ke tangga kedua dengan 738 mata, walaupun mengumpul 123 mata untuk saingan minggu keempat.

Sementara itu, Arsenal merampas kedudukan tempat ketiga daripada kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia (ARM).

Arsenal berjaya mengumpul 165 untuk minggu keempat untuk mengumpul 694 mata.

ARM pula mengutip 123 mata untuk berada di tempat keempat dengan 684 mata.

Malaysia Spurs, kelab penyokong Tottenham Hotspur pula di tempat kelima dengan 635 mata dan My Man Utd, kelab penyokong Manchester United di tempat terakhir dengan 600 mata.

The Blues Blasters dari Soljabiru kini mendahului carta individu dengan 268 mata, hanya dua mata di depan Hemo Hemo FC dari Malaysia Spurs dan MCM Langkawi.

Liga Bual Bola AWANI menyaksikan 6 kelab penyokong bola sepak PL, menghantar tiga wakil terbaik untuk bersaing merebut takhta kelab terbaik bagi bola sepak fantasi.

Berikut kedudukan penuh Liga Bual Bola AWANI:

1. Malaysian Chelsea Soljabiru
Halifax Town 264
Blues FC 224
The Blues Blasters 268
Jumlah: 756

2. Manchester CIty Malaysia
MCM Cyberjaya 249
MCM Langkawi 266
MCM Tuaran 223
Jumlah: 738


3. Arsenal Malaysia
Play For Fun 252
Ah Zan FC 211
Arsenal Malaysia 231
Jumlah: 694

4. All Reds Malaysia
Mek Mung Mek Aku FC 207
Kaki Langgar FC 235
Pasemboq FC 242
Jumlah: 684

5. Malaysia Spurs
Hemo Hemo 266
TH Master 177
Cap Ayam 192
Jumlah: 635

6. My Man Utd

Return of The King 208
Siti Kasim 174
Sidchan Power Kan? 218
Jumlah: 600