Liverpool catat kekalahan pada aksi pembukaan ketika menentang Napoli pada kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.

The Reds terpaksa akur tewas 0-2.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Namun dua gol pada saat akhir memastikan Napoli mengatasi The Reds.

Jaringan pertama Napoli dihasilkan menerusi sepakan penalti pada minit ke-82 oleh Dries Mertens.

Sementara satu lagi gol dijaringkan Llorente di minit akhir permainan.

Liverpool ialah juara bertahan pertama tewas aksi pembukaan sejak 1994.