Real Madrid bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk tewaskan Napoli 3-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Napoli terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan jauh Lorenzo Insigne pada minit ke-8.

Selang 10 minit, Karim Benzema menanduk masuk gol penyamaan melepasi Pepe Reina.

Bersambung babak kedua Toni Kross meletakkan tuan rumah di hadapan pada awal minit separuh masa kedua.

Casemiro kemudiannya memastikan kemenangan Selesa buat Los Blancos selepas sepakan volinya mencecah gawang Napoli.

Perlawanan timbal balik kedua akan berlangsung 7 Mac depan dengan tempat ke suku akhir menjadi pertaruhan.