PORTO gagal melebarkan pendahuluan di puncak Liga Primeira Portugal selepas seri 2-2 dengan Rio Ave.

Keputusan itu menyaksikan mereka hanya berada satu mata di hadapan Benfica di tempat kedua, dalam usaha mempertahankan kejuaraan.

Benfica dilihat mampu merampas tempat Porto di puncak liga jika menewaskan Sporting Braga pada Ahad.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada awal pagi Sabtu itu, Porto telebih dahulu di depan menerusi jaringan Yacine Brahimi pada minit ke-18 sebelum Moussa Marega menggandakan jaringan pada minit ke-22.

Bagaimanapun Rio Ave bangkit semula pada lima minit terakhir permainan dengan jaringan Nuno Santos, sebelum Ronan meledak gol penyamaan, seminit dalam masa kecederaan.