Pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan menyifatkan pasukannya mempamerkan aksi babak kedua yang paling mantap pada kempen ini setelah berjaya mengecewakan Selangor 3-1 walaupun ketinggalan satu gol pada babak pertama.

Namun, Zainal turut menjelaskan bahawa pasukannya harus menebus paparan babak pertama yang membenarkan Selangor ambil kesempatan atas pasukannya.

"Ketika ketinggalan 1-0, pemain saya mencuba sedaya upaya untuk menyamakan kedudukan perlawanan"

"Tamat babak pertama, banyak kesilapan diperbaiki dan kami berjuang sebagai satu pasukan sekaligus mempamerkan aksi babak kedua terbaik kempen ini" ujar Zainal.

Ketua Jurulatih The Red Giants, Mehmet Durakovic pula akui bahawa kesebelasan utama Pahang cukup mantap sambil memuji jentera serangan mereka.

"Kami bermain dengan baik pada babak pertama dan ternyata apabila mendapatkan jaringan pertama"

"Bagi saya, ada beberapa pemain kami yang hilang fokus pada babak kedua dan gagal mengekang pergerakan pemain import Pahang" katanya.