Berita  | Sukan

Lingard akui tangga keempat pencapaian besar buat United

Lingard akui tangga keempat pencapaian besar buat United
Lingard memberi amaran tegas kepada skuad Ole Gunnar Solskjaer itu sebelum mereka bertandang ke Goodison Park. - Astro Arena
JESSE LINGARD sedar adalah penting bagi Manchester United untuk menamatkan kempen musim ini dalam kelompok atasan dan mereka sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan yang boleh menentukan nasib mereka.

United disingkirkan Barcelona dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL), Rabu lalu, selepas tumbang 0-3 di Camp Nou untuk kekalahan 0-4 secara agregat.

Kekalahan itu, yang kelima dalam tujuh perlawanan, menjejaskan rentak dan keyakinan The Red Devils yang bakal menghadapi Everton, Manchester City dan Chelsea, minggu depan.
Dengan United kini menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua mata dipisahkan dengan pasukan di tangga keempat, sebarang keputusan buruk dalam perlawanan akan datang boleh memberi tamparan hebat kepada mereka dalam misi menghidupkan peluang ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Justeru, Lingard memberi amaran tegas kepada skuad Ole Gunnar Solskjaer itu sebelum mereka bertandang ke Goodison Park.

"Saya fikir ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar," katanya kepada MUTV. "Kedua-dua pasukan sedang berjuang untuk mencapai matlamat masing-masing pada akhir musim ini. Ia pertemuan penting buat mereka, begitu juga kami. Oleh itu, kami perlu berada di tahap terbaik.

"Kami sedar rintangan yang perlu kami hadapi. Tiket ke UCL amat mustahak dan ia satu persaingan yang hebat. United sentiasa meraih tempat di sana.

"Kekalahan boleh menghantui kami. Kami mempunyai tugas getir hujung minggu ini. Ole telah memikirkannya dan menumpukan perhatian kepada persiapan berdepan Everton, City dan Chelsea. Ini adalah tiga perlawanan getir yang perlu kami menangi.

"Kami perlu berada di tahap 100 peratus dalam setiap perlawanan dengan fokus untuk menang serta mendapatkan tiga mata, ia merupakan perkara yang paling penting."


Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro


Tag: jesse lingard, manchester united, liga juara-juara, ucl, camp nou, the red devils, EPL, bola sepak


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.