Litar bertaraf antarabangsa yang dibina di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dijangka dapat digunakan mulai Januari tahun hadapan.
Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata litar yang menelan belanja RM12.7 juta itu diiktiraf Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan kini 60 peratus siap.
"Pembinaannya sedang giat dibangunkan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Awal tahun depan ia dapat digunakan bagi perlumbaan permotoran," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan litar tersebut semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat.
Ahmad Razif berkata litar seluas 2.4 hektar yang dibina sejak Disember tahun lalu itu juga mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 10,000 peminat sukan permotoran.
Beliau berkata bagi mengelak gangguan bunyi di kawasan persekitaran, Jabatan Kerja Raya telah diminta untuk memasang penghadang bunyi di litar tersebut.
Ia akan turut dilengkapi komponen seperti litar cub prix sepanjang 1.35 kilometer, trek ujian pecut dan gelanggang drift. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2016
Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata litar yang menelan belanja RM12.7 juta itu diiktiraf Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan kini 60 peratus siap. - Gambar fail
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AAM batal angkara gagal patuhi akta - PJS
Ia ekoran kegagalan persatuan itu mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.
Litar Antarabangsa Gong Badak bakal beroperasi Januari depan - Ahmad Razif
Litar bertaraf antarabangsa yang dibina di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dijangka dapat digunakan mulai Januari tahun hadapan.
Tragedi go-kart di Kuantan: UTM peroleh kelulusan MAM, tidak pernah mohon daripada AAM
UTM selaku penganjur EIMARace 2016 menafikan mereka pernah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Automobil Malaysia (AAM).